- Berita
- Global
- Valkyrie AMR Pro Pamer Kehebatan Di Bahrain Grand Prix, Prestasi Seperti Kereta F1?
Valkyrie AMR Pro Pamer Kehebatan Di Bahrain Grand Prix, Prestasi Seperti Kereta F1?
![]()
Hypercar, Aston Martin Valkyrie AMR Pro membuat penampilan pertamanya di Bahrain Grand Prix minggu lalu. Sebanyak dua pusingan telah dilakukan di litar Sakhir International Circuit sewaktu upacara pembukaan musim Gulf Air Bahrain Grand Prix.

Menurut Dirk Müller yang menjadi pemandu hypercar tersebut semasa acara, "Ini sukar dipercayai. Saya tahu semua orang selalu mengatakan perkara yang sama tentang kereta, tetapi serius, kereta ini sangat berbeza. Ia hampir dengan ciri sebuah kereta F1 dari segi prestasi berbanding dengan kereta-kereta lain yang pernah saya pandu sebelum ini. Kuasa, pengendalian, cengkaman, semuanya sempurna."
Valkyrie AMR Pro ialah salah satu daripada kereta khas untuk litar yang paling menakjubkan di dunia. Ia dihasilkan supaya dapat membuat pencapaian tertinggi lebih daripada yang dijangka dari segi prestasi, tanpa dikawal oleh sama ada peraturan jalan raya mahupun perlumbaan.

Jentera berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta ultra-mewah British, Aston Martin ini dikuasakan oleh enjin V12 yang boleh menghamburkan 1,000 bhp pada 11,000 rpm.
Model ini bukan sekadar memiliki tahap kecekapan aerodinamik lebih daripada apa yang ditetapkan oleh Le Mans Hypercar, tetapi turut menyerupai prestasi litar yang sama dengan kereta Formula 1.

Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin, Tobias Moers berkata, "Kereta ini merupakan lambang kejuruteraan prestasi yang terbaik. Kesemua pemandu ujian kami yang merupakan pelumba berjaya cukup kagum dengan kereta ini, dan mudah untuk faham mengapa. Valkyrie AMR Pro hampir sama dengan tahap prestasi F1, dan kami sangat berbangga dengan (model) Aston Martin ini yang merupakan yang paling ekstrem setakat ini."

Ekoran kejayaan pada penyerahan pertama, semua pelanggan kereta Hypercar yang dinanti-nantikan ramai ini akan berpeluang untuk mengambil bahagian dalam program khas pengalaman litar Aston Martin.
Program ini diadakan di litar-litar FIA ikonik seluruh dunia daripada Yas Marina ke Silverstone, Nürburgring ke Fuji dan sehinggalah ke Circuit of the Americas.

Selain itu, program ini merupakan sebahagian daripada program unik yang akan bermula pada musim luruh nanti yang akan merangkumi sokongan tepi trek daripada pemandu terkenal dalam dunia F1 dan perlumbaan ketahanan.
Untuk pengetahuan pembaca, sebanyak 40 Aston Martin Valkyrie AMR Pro yang akan dikeluarkan sebelum dihantar kepada pelanggan.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
