Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

"Kereta Ni RM1 Je Mak Cik," Ibu Tua Ini Menangis Kerana Terlalu Terharu

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Foto: Berita Harian


Kereta terpakai berharga hanya RM1, itulah jumlah 'caj' yang dikenakan untuk pembelian sebuah kereta Perodua Kancil. Kenapa? Ini kisahnya...


Lapor Berita Harian, seorang pemilik bengkel di Melaka menjual kereta Perodua Kancil pada harga hanya RM1 kepada ibu tunggal, Jamilah Mazaki yang berusia 70 tahun.


Menurut pengusaha bengkel tersebut, Shikh Muhammad Makhdad Haron, 49, warga emas tersebut telah ke bengkelnya dengan niat untuk membeli kereta, namun malangnya tidak memiliki wang yang mencukupi dan berharap dapat membuat bayaran secara bulanan.


"Simpati dengan keadaannya yang terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing serta menumpang orang ketika membeli keperluan bagi membuat rempeyek dan keluar bekerja di kedai makan, saya berusaha mencari sebuah kenderaan terpakai.


"Akhirnya saya menemui seseorang pemilik Perodua Kancil yang tersadai dan sudi menginfak kenderaan itu untuk kegunaan Jamilah. Namun, pemilik terbabit tidak mahu menonjolkan dirinya.


Kereta tersebut dibaiki sehingga boleh digunakan sebelum diserahkan kepada warga emas tersebut.


"Saya membawa kereta berkenaan pulang ke bengkel sebelum memperbaiki keadaannya sehingga pulih dan selamat untuk digunakan semula. Alhamdulillah, hasil sumbangan rakan bengkel dan komuniti termasuk bagi menggantikan peralatan rosak, kerja baik pulih, insurans dan urusan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) amat dihargai dalam merealisasikan impian warga emas ini," katanya.




Jamilah yang berasa sangat terharu dengan pemberian kereta ini berkata, "Hanya Allah yang mampu membalas jasa semua pihak dan setiap individu yang membantu memenuhi impian saya ini."

 

Sumber: Berita Harian

 

 

 

Tag:

PERODUA KANCIL
viral
RM1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penangan Iklan Perodua Kancil 2004, Padu Habis

Iklan Perodua Kancil tular semula.

09-11-2023
Berita Auto

Wahai Kamu Yang Bergelar Bapa, Janganlah Pandu Laju!

Dua beranak maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan.

07-08-2023
Berita Auto

Nak Selamatkan Kereta, Nyawa Sendiri Melayang

Seorang lelaki maut gara-gara dihempap kontena.

27-07-2023
Berita Auto

Proton Wira Antara Barang Panas Sebab

Proton Wira kereta paling banyak dicuri sebab alat gantinya sudah tiada di pasaran.

24-01-2023
Berita Auto

Misteri Perodua Kancil & Sekujur Tubuh Terbakar 100 Peratus

Sebuah kereta kancil ditemukan terbakar dengan pemandu.

21-10-2022
Berita Auto

Tak Tahu Apa Punca Kereta Terbakar, Pemandu Pula Terkorban

Seorang lelaki meninggal dunia akibat rentung selepas kereta dinaikinya terbakar.

11-10-2022
Berita Auto

Sejarah Perodua: Dari Kancil Kepada King Myvi 2022 (Evolusi Perodua Myvi)

Sempena bulan kemerdekaan, kita selusuri sejarah Perodua, model pertama yang dikeluarkan (Kancil) dan juga model terlarisnya, King Myvi.

27-08-2022
Berita Auto

Penuntut UPNM Maut, Vios Terbabas Masuk Laluan Bertentangan

Seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) maut.

22-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026