Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Niat Ingin Pecah Rekod Dunia Guna Porsche 911, Berakhir Dengan Kematian

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Cubaan seorang jutawan untuk memecahkan rekod dunia berakhir dengan tragedi hanya kerana satu kesilapan kecil membabitkan brek.




Berdasarkan laporan BBC, jutawan British yang merupakan pengasas jenama nutrisi Maximuscle, Zef Eisenberg, terbabas pada kelajuan mencecah 321 km/j semasa melakukan pecutan untuk membuktikan kejayaannya menghasilkan Porsche 911 Turbo yang terpantas di dunia.




Insiden ini berlaku sewaktu mangsa ingin menamatkan percubaan sebelum Porsche yang dipandunya terbalik berkemungkinan kerana mangsa telah menekan brek terlalu cepat.




Menurut marsyal perlumbaan, Graham Sykes, sewaktu kejadian berlaku, payung terjun khas yang dipasang pada kereta tersebut menyebabkan kereta terangkat seolah-olah udara telah memasuki bahagian bawah kereta. Kejadian malang ini menyebabkan kereta hilang kawalan dan tidak stabil.


Lebih menyedihkan, peristiwa ngeri ini terjadi di depan mata isteri mangsa.


Eisenberg yang berasal dari London, UK pernah terselamat daripada kemalangan motosikal pada tahun 2016 selepas motosikal yang dikuasakan turbin dinaikinya gagal untuk berhenti di hujung jalan.





Walau dia dijangka tidak dapat berjalan selepas kejadian, Eisenberg kembali aktif dalam dunia perlumbaan pada tahun 2017. Pada tahun 2018, dia menjadi penunggang motor terpantas di atas laluan berpasir dengan kelajuan 370 km/j.


Perbicaraan mengenai kematian Eisenberg akan diteruskan pada masa akan datang.

Tag:

kemalangan
Porsche 911 Turbo
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.

29-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto

Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat

Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.

11-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026