- Berita
- Berita Auto
- Anak Pandu Kereta, Ibu Bapa Pula Serah Diri
“Jangan benarkan anak di bawah umur memandu kenderaan”.
Biarpun, menteri dan polis sudah berulang kali memberi amaran ini namun masih ada ibu bapa yang bersikap lepas tangan dengan mengabaikan undang-undang dengan membenarkan anak di bawah umur memandu kenderaan.
Terbaharu, seorang wanita memuat naik aksi anak lelakinya berusia 10 tahun memandu sebuah Perodua Kancil berwarna merah di TikTok.
Tujuannya mungkin sekadar content (kandungan) namun akhirnya video itu menjadi tular di internet.

Apa yang dikesalkan ialah ibu bapa kanak-kanak ini tiada langsung perasaan bersalah apabila turut membenarkan dua anak yang lain berusia tiga dan enam tahun mengikut sama dengan abang mereka.
“Bila mama lambat sangat nak hantar pergi sekolah, anak 10 tahun bawa kereta pergi sekolah, bawa kakak dan adik sekali, hati-hati Qayyum,” tulisnya di atas paparan video itu.
Sedar dia dan suaminya diburu polis, mereka kemudian telah menyerah diri di ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, Johor semalam.

Ka Siong
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mahu hukuman berat dikenakan terhadap ibu bapa yang membenarkan anak atau remaja bawah umur.

Langkah itu dilihat wajar bagi memastikan kes kemalangan membabitkan pemandu bawah umur tanpa lesen tidak berulang.
Ingat, hukuman berat menanti ibu bapa yang benarkan anak di bawah umur memandu!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/