Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Persatuan OKU Kena Scam! RM100K Lesap Ditipu Penjual Kereta Dalam Talian

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Berhati-hati berurusan secara dalam talian, lebih-lebih lagi dengan individu yang tidak dikenali. Baru-baru ini, sebuah persatuan orang kurang upaya (OKU) terpaksa berputih mata setelah wang sejumlah RM100,000 lesap setelah ditipu 'penjual' kereta import terpakai di Facebook.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, dalam kejadian tersebut, mangsa berusia 31 tahun yang juga merupakan sukarelawan bagi persatuan OKU tersebut telah melakukan transaksi pembelian Toyota Voxy.

 

Van Dibeli Untuk Kegunaan OKU




Mangsa telah berhubung dengan penjual kereta tersebut melalui Facebook sebelum meneruskan urusan melalui WhatsApp.


“Mangsa kemudian berminat untuk membeli kereta berkenaan untuk kegunaan persatuan OKU terbabit.


“Susulan daripada itu, mangsa kemudian berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini (26 Mei).

 

Mula Membuat Bayaran


Pembayaran untuk van pembelian Toyota Voxy berjumlah RM100,000 mula dibuat secara berperingkat antara bulan April hingga Mei.


Setelah keseluruhan bayaran dibuat, mangsa menyedari dia sudah ditipu apabila suspek gagal dihubungi.


“Penipuan ini mula disedari mangsa selepas suspek berjanji akan menyerahkan kereta itu kepadanya namun sehingga kini suspek mendiamkan diri dan gagal dihubungi.


“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pendang pada (23 Mei) lalu selepas menyedari ditipu.


“Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya.


Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika melakukan pembelian secara dalam talian. Sekiranya anda tidak mahu kejadian seperti ini terjadi kepada diri, gunakan platform jual beli kereta yang boleh dipercayai seperti caricarz.com

 

Tag:

van
Toyota Voxy
scam alert
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Macam-Macam Perangai Jiran, Bina Bangsal Di Tengah Jalan

Seorang penduduk bertindak luar batasan apabila dia membina sebuah bangsal untuk van kesayangannya di tengah-tengah jalan di sebuah taman perumahan di Kuantan, Pahang.

30-01-2023
Berita Auto

Toyota Malaysia Kini Jenama Automotif Bukan Nasional No. 1: Lepasi Jualan 100K Unit Tahun 2022!

Toyota Malaysia berjaya menduduki takhta sebagai jenama automotif bukan nasional nombor 1 di Malaysia bagi tahun 2022.

06-01-2023
Berita Auto

Akhirnya! Penipu Urusan Beli Kereta Ditangkap, Mangsa Rugi RM129K

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan jualan kereta.

12-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026