- Berita
- Berita Auto
- [VIDEO] Pemandu Biadab Maki Bomba Kerana Dikejutkan Dari Tidur
[VIDEO] Pemandu Biadab Maki Bomba Kerana Dikejutkan Dari Tidur
Biadap, itu sikap yang ditunjukkan seorang pemandu dalam sebuah rakaman video yang tersebar baru-baru ini.
Video TikTok yang berdurasi 1.28 minit hasil perkongsian Muhammad Rozi Syafiq menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan tertidur di dalam kereta sewaktu di persimpangan lampu isyarat. Disebabkan kedudukan lelaki tersebut yang agak berbahaya, orang ramai telah menghubungi pihak bomba.
Setibanya di lokasi tersebut, pihak bomba berusaha untuk membuka pintu kereta memandangkan pemandu tidak menyedarkan diri. Setelah berjaya dibuka, pemandu tersebut terjaga sebelum keluar daripada kereta dan memarahi pihak bomba sambil mengeluarkan kata-kata kesat.
Pemandu tersebut rupanya mabuk dan tertidur di lampu isyarat tersebut selama kira-kira tiga jam.
Berikut merupakan antara reaksi orang ramai:
"Bilalah nak ada akta yang lebih tegas untuk pemandu-pemandu mabuk ni."
"Kesian abang bomba... macam-macam cabaran, bagi dia naik mahkamah. Kereta dia punya, tapi jalan raya bukan bapa dia punya."
"Tangkap dan bawa terus ke balai polis dan rehatkan dulu, esok pagi je cerita pasal kesalahan."
Bila memandu dalam keadaan mabuk, macam-macam boleh berlaku. Oleh itu, tindakan lelaki ini tidur di tepi jalan adalah jauh lebih baik daripada dia terus cuba memandu. Apa-apa pun, diharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu-pemandu yang bersikap tidak bertanggungjawab sebegini.
Sumber: TikTok
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv