Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

7 Kenderaan Terbakar Di Garaj Yang Dijadikan Bengkel

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Tiga buah kereta, sebuah motosikal dan tiga basikal hangus ditelan api dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah garaj yang dijadikan bengkel di Pulau Gadong, Melaka, tengah hari tadi.


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II Ismail Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kebakaran itu pada pukul 12.25 tengah hari. Sejumlah 21 anggota berserta empat buah jentera dari BBP Melaka Tengah, BBP Cheng dan BBP Tangga Batu dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di Blok A, Rumah Awam Jalan Pulau Gadong, didapati kebakaran kereta di dalam garaj terbuka berkeluasan 40×40 kaki persegi yang dijadikan tempat membaiki kenderaan.


“Akibatnya, tiga buah kereta jenis Proton Wira, Toyota Estima dan Perodua Myvi serta sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda dan tiga buah basikal kanak-kanak musnah 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tiga lagi kenderaan yang terletak berhampiran garaj iaitu sebuah Proton Wira, Proton Persona dan Honda Civic mengalami kerosakan lima peratus kerana bahang daripada kebakaran. 


“Semua pemilik kenderaan terlibat telah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemilik bengkel dan operasi memadam kebakaran tamat pada jam 2.45 petang.


“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka

Tag:

kebakaran
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Letupan Saluran Paip Gas Bawah Tanah: Banyak Kereta Penduduk Cair, Rosak

Banyak kereta turut cair, rosak akibat bahang kebakaran.

01-04-2025
Berita Auto

Misteri Perodua Kancil & Sekujur Tubuh Terbakar 100 Peratus

Sebuah kereta kancil ditemukan terbakar dengan pemandu.

21-10-2022
Berita Auto

10 Kereta, 5 Motosikal Berkuasa Besar Polis Musnah Dalam Kebakaran

Sepuluh buah kereta dan lima buah motosikal berkuasa besar hangus terbakar.

12-09-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026