- Berita
- Kereta Baru
- BMW 2 Series Cuma Ada 50 Unit, Edisi Terhad, Harga Bermula RM227K
BMW 2 Series Cuma Ada 50 Unit, Edisi Terhad, Harga Bermula RM227K
BMW tampil dengan model eksklusif dari litar ke jalan raya dengan hanya menawarkan 50 unit Edisi Terhad BMW 2 Series M Performance.
Bagi yang berminat untuk membelinya, ia kini sudah didapati di semua pengedar sah BMW, Auto Bavaria, seluruh negara. Untuk makluman anda, jentera ini cuma ada 50 unit di Malaysia
Ia didatangkan dengan tiga pakej yang menarik:
• Estetik
• Signature Sound
• “Best of Both Worlds”
Jentera ini direka khas secara peribadi dimana pakej Estetik menawarkan penampilan yang agak sporty selain didatangkan dengan baucar petrol bernilai RM3,000.
Signature Sound yang menyediakan audio berkualiti tinggi pula hadir dengan sistem bunyi Harmon Kardon dan speaker Harmon Kardon Bluetooth.
Ia ditawarkan secara percuma!
Bagi pilihan pakej Best of Both Worlds pula, ia menawarkan kedua-dua pakej Estetik dan Signature Sound.
Kesemua pakej ini didatangkan dengan filem penapis haba secara percuma bersama cawan seramik bertebat Sttoke.
“Kepopularan edisi terhad ini kerana ia diilhamkan dari litar perlumbaan. Selain meningkatkan penampilan dan pemanduannya edisi ini telah memperkuatkan aerodinamik jentera ini,” kata Pengarah Urusan Sime Darby Auto Bavaria, Vi Thiam Juan.
Pakej M Performance Parts termasuk:
• Gril depan MPA Shadowline
• Fiber karbon di kiri, kanan penutup cermin
• Spoiler Prime
• Lampu pintu jenis projektor LED
Ia ditawarkan pada harga bermula dari RM 227,800 hingga RM 233,800 di Semenanjung Malaysia.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari