- Berita
- Teknologi
- Ada Berita Baik Buat Pembeli Kereta BMW!
Ada berita baik buat pemilik kereta BMW. Ini kerana BMW Malaysia mendedahkan bahawa mulai tahun ini, kesemua kenderaannya menawarkan Integrasi Telefon Pintar dengan Android Auto Wayarles dan Apple CarPlay.
Untuk makluman anda, sebelum ini para pemilik BMW perlu membayar yuran pengaktifan sebanyak RM1,299 untuk membuka kunci Apple CarPlay namun mulai tahun 2023, mereka sudah tidak perlu lagi membuat bayaran lagi.
Ini bermakna, Connected Package Professional akan disediakan secara standard bagi kesemua model BMW sekali gus menaik taraf lagi aspek keterhubungan.
Malah, ia juga membekalkan akses yang lebih mudah ke atas pelbagai fungsi dan juga aplikasi yang biasa mereka gunakan di dalam semua model BMW.
BMW berkata, integrasi tanpa wayar itu melibatkan Apple CarPlay dan Android Auto selain dipasangkan dengan Sistem Operasi BMW 7/8 dimana ia memberikan pengalaman sambungan yang tiada tandingan dalam kenderaan mereka.
“Menu iklim boleh diakses oleh pengguna tanpa perlu meninggalkan skrin Apple CarPlay atau Android Auto. Bagaimanapun, ia eksklusif kepada model yang beroperasi dengan BMW iDrive 8, manakala Apple Maps akan disesuaikan dengan kluster instrumen dan paparan Head Up,” katanya dalam satu kenyatan.
Lebih menarik, BMW turut menawarkan perkhidmatan Jarak Jauh yang membolehkan pengguna mengawal fungsi kenderaan mereka dari jauh dengan mengunci pintu, mengaktifkan pancaran lampu hadapan dan menghidupkan sistem penghawa dingin dengan menggunakan aplikasi My BMW.
Pengguna juga akan menerima ‘Last State Call’ (LSC) yang mana ia memberikan maklumat-maklumat relevan mengenai status kenderaan seperti paras bahan api, perbatuan, status pintu dan tingkap,mesej ‘Check Control’, servis yang belum selesai dan banyak lagi.
Pada tahun 2023, para pemilik juga dapat menikmati BMW Maps Connected Charging dan Connected Navigation selama tiga tahun.
Ini bermakna para pemilik akan kekal berhubung dengan BMW EV apabila berada di rumah,
atas jalan raya atau di stesen pengecasan awam.
Bagi pemilik BMW EV, ciri Pengurusan Pengecasan juga memaparkan sesi pengecasan yang semasa dan sebelumnya bagi membolehkan pengguna mengawal dan memeriksa dari jauh sesi pengecasan.
Ujar BMW, sistem navigasi berasaskan awan dalam BMW Maps akan membawakan lebih banyak input alamat yang intuitif.
Para pemilik juga boleh menghantar destinasi mereka dari aplikasi My BMW ke kenderaan masing-masing dengan mudah menggunakan fungsi ‘Send-to-Car’. Ciri ‘Last Mile’ pula akan membantu pengguna menavigasi ke arah destinasi jika mereka terpaksa berjalan kaki kerana ketiadaan ruang parkir di kawasan berhampiran.
Bagi masih yang teragak-agak untuk membeli kereta jenama BMW, jangan fikir panjang lagi kerana model baharu BMW kini dilengkapi dengan Android Auto Wayarles dan Apple CarPlay.
Gallery




Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari