Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mercedes-AMG A 35 4MATIC Versi CKD Dilancarkan, Murah 5K Dari CBU, Dari RM343K!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini telah melancarkan Mercedes-AMG A 35 4MATIC pemasangan tempatan (CKD) di kilang yang terletak di Pekan, Pahang. Model ini ditawarkan pada harga RM 343,888.00, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. Harga yang lebih murah berbanding model import (CBU) yang dilancarkan pada September 2019 dengan harga RM348,888.


PRESTASI MERCEDES-AMG A 35 4MATIC




Mercedes-AMG A 35 4MATIC dikuasakan oleh enjin 4 silinder berpengecas turbo 2L dengan output 306 hp/400 Nm. Kuasa disalurkan kepada sistem pacuan empat roda 4MATIC dengan transmisi 7G DCT Speedshift AMG. Ia boleh memecut daripada 0-100 km/j dalam masa hanya 4.8 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 250 km/j. Sistem suspensi AMG RIDE CONTROL dan AMG DYNAMIC SELECT menjanjikan pemanduan yang berprestasi tinggi dan selesa.



BAHAGIAN LUAR  MERCEDES-AMG A 35 4MATIC




Mercedes-AMG A 35 4MATIC menggunakan roda aloi ringan 5 jejari kembar AMG bersaiz 19 inci termasuklah lengkung roda yang lebih lebar (roda khas AMG). Ditawarkan dalam warna Polar White, Cosmos Black, Iridium Silver, Mountain Grey dan Denim Blue. 


BAHAGIAN DALAM MERCEDES-AMG A 35 4MATIC




Bergerak ke bahagian dalam kereta, tempat duduk sport kereta dibalut sama ada dengan kulit buatan tangan ARTICO atau gentian mikro DINAMICA berwarna hitam dengan elemen kemasan aluminium rekaan AMG berwarna hitam atau perak. Tempat duduk barisan depan boleh dilaraskan secara automatik. Stereng keretanya pula dibalut dengan kulit Nappa. 




Dari segi teknologi, kereta menggunalan sistem audio keliling Burmester® dan juga modul komunikasi terkini (LTE) untuk servis Mercedes me connect bersama-sama dengan sistem panggilan kecemasan Mercedes-Benz. 


PERBEZAAN MODEL CKD DAN CBU MERCEDES-AMG A 35 4MATIC




Jika dibandingkan dengan model yang dilancarkan pada tahun 2019, versi pemasangan tempatan hadir dengan ciri tambahan iaitu pakej parkir dengan kamera 360 darjah, paparan-di-kepala (HUD) dan butang stereng AMG, pakej Keyless-Go Comfort, pengecas tanpa wayar dan bantuan dalaman MBUX. 


PAKEJ BANTUAN DAN KESELAMATAN MERCEDES-AMG A 35 4MATIC


Berikut adalah ciri keselamatan yang terdapat pada Mercedes-AMG A 35 4MATIC:


-Pakej parkir dengan kamera 360 darjah

-Bantuan parkir aktif

-Pakej pengesan laluan

-Bantuan titik buta

-Bantuan kekal lorong aktif

-Bantuan amaran keluar

-Bantuan brek aktif

-Pakej KEYLESS-GO Comfort

-Akses bebas tangan

-Perlindungan kenderaan URBAN GUARD

-Sistem penggera anti-kecurian

-Sistem pemantau dalam kereta

-Beg (udara) lutut

-Petunjuk status tali pinggang belakang dalam paparan instrumen

-TIREFIT

-Sistem pemantau tekanan tayar


HARGA JUALAN MERCEDES-AMG A 35 4MATIC




Seperti yang dikatakan di awal artikel, model CKD ini ditawarkan pada harga RM 343,888.00, dengan SST, di atas jalan, tanpa insurans. Namun, sekiranya anda sempat untuk membeli dengan harga lebih murah iaitu dengan pengecualian SST sebelum 1 Julai ini, harganya ialah RM325,090.23. 

Gallery

Tag:

Mercedes-AMG A 35 4MATIC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC Versi CKD Dilancarkan, Dari RM363K!

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan Mercedes-AMG GLA 35 4MATIC pemasangan tempatan (CKD).

29-06-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026