Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jalan Lubang, Kereta Terbenam Dalam Lubang

Suhana Veru

Kongsi melalui


Satu klip video tular di Tiktok dan Facebook yang memaparkan sebuah kereta Bezza terangkat ke atas gara-gara sebelah tayar kenderaan itu terperosok ke dalam sebuah lubang besar.

Sudah pastinya, pemilik kenderaan itu berdepan dengan detik mencemaskan apabila keretanya terbenam di dalam lubang berkenaan.

Mujur, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.


Berdasarkan rakaman itu, pemilik akaun TikTok berkata, kejadian itu berlaku di Jalan Klang. Bagaimanapun, lokasi sebenar tidak didedahkan dengan terperinci.

Ada yang mendakwa bahawa pemandu kereta itu tidak menyedari kewujudan lubang itu kerana hujan lebat.

Namun tahukah anda,  jika anda berdepan dengan kejadian seumpama ini, anda sebenarnya boleh membuat tuntutan kepada pihak berwajib.


Ini kerana pihak syarikat konsesi lebuh raya atau pihak berkuasa tempatan mempunyai insurans dan boleh memberi pampasan kepada anda, tanpa perlu anda menggunakan insurans kereta anda sendiri untuk membaiki kerosakan tersebut. 


Gambar Hiasan

Tetapi bagaimana caranya?

Berikut adalah perinciannya:

Rakam gambar dahulu sebagai bahan bukti.

Buat laporan polis. Dalam laporan tersebut anda perlu nyatakan nama jalan, kilometer berapa, tarikh dan masa kejadian berlaku.

Semak dengan pihak polis sama ada jalan tersebut jatuh di bawah bidang kuasa selenggaraan PBT mana dan terus ke pejabat khidmat pelanggan PBT tersebut atau jika kes di lebuh raya, pejabat syarikat konsesi tol.

Anda akan diminta untuk mengisi borang tuntutan dan memberikan laporan polis serta gambar kejadian.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026