Link Copiedcheck_circle
EV

EV6 Selamat Mendarat, Harga RM300,668

Suhana Veru

Kongsi melalui

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Kia di Malaysia akhirmya melancarkan secara rasmi Kia EV6 2022 tadi.

Untuk itu, pihak Dinamikjaya Motors Sdn Bhd sudah membuka tempahan jentera ini. 


Ada 5 pilihan warna:

Moonscape

Aurora White Pearl

Snow White Pearl 

Runway Red

Yacht Blue


Berdasarkan pada nombor casis (VIN) pada cermin hadapan, EV6 yang dipamerkan ini adalah model pacuan semua roda dengan unit rangkaian kuasa versi Long Range, disertakan dengan bateri lithium-ion 77.4 kWj yang mampu bergerak sejauh 506 km dengan satu cas penuh .

Ia juga menerima dua motor elektrik masing-masing pada gandar hadapan dan belakang yang mampu menghasilkan kuasa keseluruhan 320 hp dan tork maksima 605 Nm. 


Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 5.2 saat dan mencapai kelajuan maksima 185 km/j.

Ia hadir dengan rim bersaiz 20 inci dengan dimensi panjang 4,695 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,550 mm dan jarak roda sejauh 2,900 mm.

EV6 ialah BEV khusus pertama Kia yang dipengaruhi oleh falsafah reka bentuk baharu, yang merangkumi tumpuan beralih Kia ke arah elektrifikasi.

Untuk EV6 ialah yang pertama daripada 11 model BEV global baharu daripada Kia menjelang 2026.


Tujuh  daripadanya akan dibina pada seni bina  berdasarkan modular E-GMP, dan empat adalah EV terbitan berdasarkan model sedia ada.

Lebih menarik, Kia EV6 berjaya merangkul anugerah Car of The Year Eropah untuk tahun ini berdasarkan undian para juri untuk tempoh 12 bulan yang lalu, sekaligus menjadikannya model pertama Kia yang memenangi anugerah berprestij itu.


Sebaik didedahkan kepada wartawan, saya mendapati ia hadir dengan dengan reka bentuk moden klasik yang cukup menawan.

Maka tidak hairanlah, ia ditawarkan pada harga RM300,668.

Untuk makluman anda, Kia EV6, ia merupakan model 'kembar' kepada Hyundai Ioniq 5 namun terdapat beberapa perbezaan.


Berikut adalah perinciannya:

Lampu depan dwi Projektor LED

Lampu nyalaan siang jenis LED

Lampu Kabus

Kemasukan Kunci Pintar

Pintu Belakang Berkuasa

Parkir Sensor

Kluster instrumen 12.3 inci

Pengesahan Suara

Pengecas Wayarles

Ada sambungan Apple CarPlay, Android Auto

Sistem Pemantauan Tekanan Tayar

Fungsi kenderaan-untuk-muatan (V2L)

14 Pembesar suara

Ruang but 1,300 liter jika kerusi belakang direbahkan

Bumbung panoramik

2 USB – C  di hadapan, dua lagi di belakang

Material tempat duduk, suede dan kulit

Warna tempat duduk, aksen putih, merah

Paparan skrin sentuh 

Pemantauan pandangan sekililing

7 beg udara

ISOFIX

Bantuan Lampu Tinggi 

Pemantauan Pandangan Titik Buta (BVM)


Ciri-ciri keselamatan:

Bantuan Mengelak-pelanggaran Titik Buta (BCA) 

Lintasan Trafik Belakang (RCCA)

Pemantauan Pandangan Titik Buta  (BVM)

Amaran Tumpuan Pemandu (DAW)

Bantuan Kekal Lorong

Bantuan Mengikut Laluan

Kawalan Jelajah Pintar

Sistem brek anti-kunci (ABS)

Agihan daya brek elektronik (EBD)

Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) 

TCS

HAC

Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC).

Gallery

Tag:

Kia EV6
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

KIA EV5 Dah Masuk Thai, Malaysia Bila Lagi?

Kia EV5 akhirnya secara rasminya di tayangkan sempena 2024 Bangkok International Motor Show (BIMS) di Thailand.

27-03-2024
Video

Review Kia EV6 GT-Line | EV yang Bergaya & High Tech!

Mencari EV selain Tesla? Memperkenalkan KIA EV6 di Malaysia! Dikatakan EV6 ialah BEV khusus pertama Kia yang dipengaruhi oleh falsafah reka bentuk baharu, yang merangkumi tumpuan beralih Kia ke arah elektrifikasi.

06-09-2022
Berita Auto

[FOTO] SUV Elektrik Kia EV9 Kini Sedang Diuji, Bakal Dilancarkan 2023

Kia kini sedang menjalankan ujian ke atas Kia EV9, ini perincian yang sudah kita ketahui...

26-08-2022
EV

Harga Kia EV6 Sudah Didedahkan di AS!

Syarikat Kia di Amerika Syarikat akhirnya mengumumkan harga kenderaan elektrik sepenuhnya, EV6.

26-04-2022
Global

Kia Menang Anugerah Car Of The Year!

Kia EV6 berjaya merangkul anugerah Car of The Year Eropah.

15-04-2022
Berita Auto

Kia EV6: Cas 18 Minit Boleh Gerak Sejauh 338 KM!

Telah dilancarkan baru-baru ini di Amerika Syarikat ialah Kia EV6 yang didatangkan dengan pelbagai spesifikasi menarik.

04-06-2021
Berita Auto

Kia Dedahkan Imej Pertama EV6 & Falsafah Di Sebalik Rekaannya

Kia Corporation baru-baru ini telah mendedahkan imej pertama reka bentuk luaran dan dalaman EV6, kereta elektrik bateri (BEV) pertama Kia.

14-04-2021

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026