Link Copiedcheck_circle
EV

KIA EV5 Dah Masuk Thai, Malaysia Bila Lagi?

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Setelah beberapa bulan dilancarkan di peringkat global, Kia EV5 akhirnya secara rasminya ditayangkan sempena 2024 Bangkok International Motor Show (BIMS) di Thailand, baru-baru ini.

SUV kompak yang dibina berdasarkan atas platform E-GMP ini agak kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di Malaysia.

Melihat luarannya, susun atur lampu jenis LED yang bercorak  membuatkan jentera ini lebih menawan dan muka hadapannya juga dilihat jenis berkotak.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan, ia menampilkan lampu signatur 'Star Map' di hadapan dengan gril hadapan tertutup.

Bahagian punggungnya pula, ia menerima lampu belakang LED berbentuk J sekali gus membuatkan ia lebih mengancam dan bampar belakangnya juga dihiasi dengan trim silver serta hitam.

image.png

Dari segi dimensi, ukuran panjang EV5 ialah 4,615 mm, selebar 1,875 mm, setinggi 1,715 mm tinggi manakala jarak antara roda pula ialah 2,750 mm.

Ini menjadikannya EV5 sebenarnya lebih kecil berbanding EV6.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, EV5 berspesifikasi Thailand ini sebenarnya mendapat reka bentuk dan ciri-ciri yang sama seperti pasaran antarabangsa. 

Ia hadir dengan skrin 12.3 inci yang bercantum dengan skrin 5-inci khusus untuk kawalan pendingin hawa.

image.png

Kesemua tempat duduknya dihiasi dengan  upholsteri kulit sintetik yang hadir dalam warna coklat atau biru, selain terdapat  bumbung panoramik penuh dan banyak lagi.

Menyentuh mengenai trenkuasanya, ia hadir dengan dua trenkuasa dimana varian yang menggunakan pacuan roda hadapan (FWD) dengan satu motor elektrik mampu menghasilkan kuasa setakat  215 hp (160 kW) dan 310 Nm.

Ia boleh memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa  8.5 saat sementara kelajuan maksimum ialah 185 km/j. Tiga varian menggunakan spesifikasi teknikal ini ialah  Light, Air dan Earth Long Range.

Sementara itu, Earth Exclusive AWD yang menggunakan dua motor berkembar pula boleh menghamburkan kuasa setakat 308 hp dan 480 Nm.

image.png

Varian AWD ini sebenarnya boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 6.1 saat manakala kelajuan maksimum iala 185 km/j.

Selain itu, kedua-dua varian EV5 Light dan Air disumbat dengan pek bateri litium-ion 64.2-kWj sekali gus , memberikan pergerakan sejauh 490 KM (NEDC), hanya dengan sekali cas.

Bagi bateri dan julat, kedua-dua varian EV5 Light dan Air dijus oleh pek bateri litium-ion 64.2-kWh, memberikan mereka julat EV maksimum 490 KM (NEDC). Kedua-dua varian Earth dilengkapi dengan unit 88.1-kWj yang lebih besar, memberikan jarak sehingga 665 KM untuk model Jarak Jauh atau 620 KM untuk model AWD Eksklusi

Bagi  varian Earth dan Long Range, kedua-duanya dilengkapi dengan bateri berkapasiti 88.1-kWj namun Earth menawarkan  jarak gerak sehingga 620 km, manakala  Earth Long Range pula,  jarak geraknya adalah 665 km.

Ia kini sudah dibuka untuk tempahan dimana varian Light dijual pada harga RM162,118  manakala, Earth Exclusive AWD  pula RM227,018.

image.png

Bagaimanpun, harga promosi itu adalah sehingga sehingga hujung April ini.

Jika Thailand sudah menerima EV5, timbul tanda tanya adakah kita juga bakal menerima model terbabit?

Sebaliknya, Bermaz Auto Bhd (BAuto) masih belum memberi petunjuk bahawa pihaknya merancang runtuk membawa masuk EV5 ke pasaran tempatan.

Gallery

Tag:

Kia
Kia EV5
Kia EV5 SUV
Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS)
Bangkok International Motor Show (BIMS)
Kia EV6
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
EV
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.

24-02-2025
EV
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024

Berita Terkini

EV
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham  EV "Bersuara"

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV
Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV
Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di  Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV
Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV
Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026