- Berita
- Berita Auto
- Najib Cadang 20-30% Pekerja Bekerja Dari Rumah, Selesai Masalah Trafik
Najib Cadang 20-30% Pekerja Bekerja Dari Rumah, Selesai Masalah Trafik

Kesesakan jalan raya di ibu kota masih menjadi isu sehingga kini. Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berkongsi pendapatnya tentang bagaimana masalah ini dapat diselesaikan.
Menurut Ahli Parlimen Pekan tersebut, isu ini dapat diatasi dengan membenarkan 20 hingga 30 peratus kakitangan di sesebuah syarikat untuk bekerja dari rumah. Tambahnya, perkara ini ternyata mampu dilaksanakan seperti dibuktikan semasa pandemik.

"Ketika pandemik, ramai yang disuruh bekerja dari rumah (work from home) dan ianya terbukti kaedah ini sesuai dengan pelbagai jenis pekerjaan.
"Sebanyak 70 peratus pekerja disuruh kerajaan untuk 'work from home' masa itu. Jadi, saya rasa ia tidak susah sekiranya majikan dan kerajaan hari ini menggalakkan dan membenarkan semula 20 peratus hingga 30 peratus daripada jumlah pekerja untuk bekerja dari rumah," katanya dalam satu perkongsian yang dibuat di Facebook, semalam.
Najib mencadangkan agar pihak bertanggungjawab melakukan kajian untuk menyelesaikan isu kesesakan ini.
"Saya minta DBKL membuat kajian terperinci untuk mengatasi masalah ini mungkin 100 peratus tak boleh selesai tetapi dapat membantu kurangkan kesesakan pengguna di Kuala Lumpur ini," kata Jalaluddin.
Bekerja dari rumah bukan hanya dapat mengatasi masalah trafik tetapi juga membantu meringankan perbelanjaan kerajaan.
"Dengan langkah ini, 20 peratus hingga 30 peratus kesesakan trafik dapat diredakan dan kerajaan juga menjimat 20 peratus hingga 30 peratus kos subsidi petrol dan diesel - penjimatan yang melebihi RM9 bilion bagi tahun ini.
Najib turut menyentuh kepentingan untuk melengkapkan infrastruktur pengangkutan awam secepatnya.

"Pada masa yang sama, projek-projek pengangkutan awam yang ditangguh dan diperlambatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu perlu dipercepatkan dan disiapkan secepat mungkin," katanya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv