Link Copiedcheck_circle
EV

Singapura Pertimbang Undang-Undang Baharu Untuk Galakkan Penggunaan EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Singapura merupakan antara negara yang rancak membangunkan infrastruktur bagi kenderaan elektrik (EV). Terkini, kerajaan Singapura sedang mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang baharu untuk memastikan kemudahan stesen pengecas mencukupi apabila EV banyak digunakan kelak. 


Berdasarkan undang-undang tersebut, bangunan baharu perlu melengkapkan sekurang-kurangnya 1 peratus daripada bahagian tempat letak kereta dengan stesen pengecas EV. 




Berdasarkan laporan The Straits Times, pembangunan ini turut perlu disertakan dengan tenaga elektrik yang mencukupi untuk menyokong pengecasan EV sehingga 7.4 kW bagi 15 peratus daripada keseluruhan ruang parkir. 


Cadangan untuk Rang Undang-Undang Pengecasan Kenderaan Elektrik ini akan memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk mengawal selia pengecas EV yang akan digunakan di Singapura. 




Semua pengecas EV perlu didaftarkan dengan LTA dalam "jangka masa yang munasabah" selepas ia dipasang. Sesetengah jenis pengecas perlu mendapatkan kelulusan daripada LTA sebelum ia boleh digunakan. Sementara itu, pemilik pengecas EV sedia ada perlu mendaftarkan pengecas masing-masing dengan LTA dalam jangka masa 12 bulan. 


LTA juga menetapkan agar semua pengecas EV diperiksa secara berkala. Pemeriksaan bagi pengecas di lokasi awam perlu dilakukan setiap enam bulan, dan ia turut perlu diperiksa secara tahunan oleh pekerja elektrik berlesen. Pengecas di rumah pula perlu diperiksa setiap dua tahun.


LTA turut menjelaskan, pengecasan bateri EV boleh tanggal tidak akan dibenarkan di rumah kerana risikonya yang tinggi seperti kemungkinan kebakaran bateri. Syarikat yang ingin mengendalikan pengecas sendiri untuk bateri boleh tanggal perlu mendapatkan kelulusan LTA terlebih dahulu.

Tag:

ev
Singapore
Singapura
Pengecas EV
EV charger
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026