Link Copiedcheck_circle
EV

Syarikat Ini Tawar Khidmat Tukarkan Kereta Klasik 50-an Kepada EV

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Porsche LWB ‘69 ini menggunakan motor Tesla 300HP dengan kemampuan jarak 120+ batu.


Bukan semua orang tertarik dengan reka bentuk moden dan futuristik  yang banyak diketengahkan dalam penghasilan model-model kenderaan elektrik (EV) kerana sesetengah individu lebih menyukai reka bentuk badan kereta klasik. Secara peribadi, penulis sendiri rasakan lebih elegan dan sedap untuk dipandang. Untuk yang berfikiran sama seperti penulis, apa yang akan didedahkan dalam artikel ini adalah sesuatu yang cukup menarik.


Projek Penukaran Bas Mikro Kepada EV


Porsche 912 1968 yang menggunakan pek bateri LG Chem 180hp dengan jarak 120+ batu


Sebuah syarikat di Amerika Syarikat, Zelectric, menawarkan khidmat menukarkan enjin pembakaran kereta klasik kepada sistem elektrik. 


Pada tahun 2006, pengasas syarikat ini, David Benardo, pernah terlibat dalam projek penukaran bas mikro Jenis 2 1964 kepada kenderaan elektrik di Makmal Penyelidikan Elektronik Volkswagen sebagai seorang pereka grafik. Penglibatannya dalam projek ini menimbulkan rasa minat untuk melakukan projek yang sama. 


Syarikat Zeclectic Diasaskan


VW Beetle 1965 ini menggunakan bateri Tesla, jarak 90-100 batu


Akhirnya pada tahun 2012, Benardo bekerjasama dengan beberapa jurutera elektrikal yang memiliki kemahiran automotif untuk menukarkan keretanya, sebuah Ragtop VW Bug 1963 kepada kenderaan elektrik. 


​​Mereka menghabiskan masa selama dua tahun untuk menguji kereta yang dihasilkan. Pada masa yang sama, segala proses yang terlibat dalam projek ini didokumentasikan di media sosial.


Benardo mengasaskan syarikat Zelectric pada tahun yang sama dengan keupayaan untuk menukarkan kereta-kereta klasik berjenama Volkswagen dan Porsche kepada EV dengan tumpuan kepada model yang menggunakan enjin belakang jenis air-cooled dari tahun 1950 ke 1970-an. 


“Bermula sebagai projek peribadi, tetapi semasa (projek ini) masih belum selesai lagi kami sudah kongsikan gambar-gambar dan sebagainya dalam media sosial,” ujarnya.


Super Beetle Convertible 1973 ini menggunakan motor elektrik 102 hp


“Sebaik ia sampai kepada pengetahuan orang ramai, mereka ingin tahu sekiranya kami boleh melakukan satu lagi. Dari situlah bermulanya perniagaan ini.”


Untuk menghasilkan kenderaan elektrik daripada model lama, Zelectric tidak memotong mana-mana bahagian kereta, tetapi akan mencari motor yang sesuai dengan badan kereta. 


Berdasarkan pengalaman mereka, Porsche klasik boleh menggunakan motor Tesla, namun kereta klasik Volkswagen pula agak berbeza. Bagi kereta Volkswagen, Zelectric perlu menggunakan motor yang lebih kecil seperti yang dihasilkan oleh syarikat HPEVS dan NetGain. Kedua-dua syarikat ini membina motor untuk tujuan perindustrian seperti forklift. 


Penukaran kereta lama kepada sebuah EV bukanlah satu proses yang mudah dan murah, sesebuah projek mengambil masa sehingga tiga ke enam bulan untuk disiapkan dengan kadar harga yang bermula kira-kira USD 70,000 (RM 307,542.59)!


“Pelanggan kami benar-benar mahukan sesuatu yang unik. Mereka tidak mahu sesuatu yang mudah ditemui di tempat letak kereta," kata Benardo.


Apa pendapat anda? Andai kata anda berkemampuan (atau 'terlebih mampu'), adakah anda sanggup untuk keluarkan sejumlah wang yang besar semata-mata untuk mendapatkan sebuah kereta klasik dengan kuasa elektrik? Kongsi pendapat di bawah. 


Jom tengok video yang dikongsikan Zelectric di YouTube mereka. Video ini memaparkan Volkswagen Beetle 1958 yang telah ditukarkan kepada sebuah model elektrik:



Tag:

Porsche
#Volkswagen
ev
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Global

Porsche Cayenne ICE 'Kekal Bernafas' Sehingga 2030-an Akan Datang

Pelancaran Cayenne Electric generasi keempat serba baharu semalam merupakan detik bersejarah bagi pengeluar kereta sport ternama Jerman itu, kerana ia kini menjadi model yang paling berprestasi tinggi dan canggih dihasilkan Porsche.

21-11-2025
Kereta Baru

Porsche 911 GT3 Dilancarkan Di Malaysia – Dari RM2.29 Juta

Awal hari ini, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) melancarkan secara rasmi Porsche 911 GT3 bagi tahun 2025. Dua versi dipamerkan iaitu GT3 yang agresif khas untuk pecutan di litar dan GT3 Touring Package untuk kegunaan jalan raya.

29-09-2025
Global

Porsche Perkenal 911 Cup & 911 GT3 R Terbaru – Lebih Berkuasa & Aerodinamik

Jenama kereta sport ternama dari Jerman, Porsche, telah memperkenalkan versi terkini bagi dua model sport popularnya, Porsche 911 Cup dan Porsche 911 GT3 R.

12-08-2025
Global

Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche

Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!

17-07-2025
Global

Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025

Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.

11-07-2025
EV

Porsche Cayenne Electric Laju Mendaki Bukit, Mengalahkan Kereta Lumba!

Porsche Cayenne Electric yang masih dibaluti pelekat samaran berjaya mencatatkan rekod pendakian bukit terpantas di Shelsley Walsh, England.

07-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026