- Berita
- Berita Auto
- Teka 190 Logo Jenama Kenderaan Hanya Dalam 5 Minit
Bayangkan pada usia tiga tahun, kanak-kanak bernama L.Raguram sudah mengetahui nama bunga kebangsaan hampir semua negara.
Ibunya, P.Ranganayaki Devi,34, berkata, dia dan suaminya mula menyedari anak mereka memiliki kemampuan luar biasa ketika berusia empat tahun.
Sewaktu itu, anaknya sudah mampu mengenal pasti bunga kebangsaan di setiap negara.

“Ketika itu, kami menyedari dia mempunyai memori yang cukup baik," katanya.
Kanak-kanak itu yang kini berusia enam tahun dikatakan telah mencipta nama di Malaysia Book of Records (MBR) berjaya mengenal pasti hampir semua logo kenderaan di seluruh dunia.
Sungguh menakjubkan!
Mana tidaknya, baru berusia enam tahun sudah tahu logo kenderaan.
Dikhabarkan, kanak-kanak itu berjaya mengenal pasti sebanyak 190 logo kereta dalam masa lima minit menyebabkan dia diiktiraf di MBR.
"Dia mampu mengenal pasti lebih 200 logo kenderaan tetapi di dalam pertandingan ini, dia cuma berjaya mengenal pasti 190 logo kenderaan dalam tempoh lima minit,” ujar ibunya kepada akhbar The Star.
Raguram yang kini bersekolah di sekolah antarabangsa di Johor Bahru juga fasih dalam Bahasa Mandarin selain mampu mengenal pasti pelbagai spesies serangga dan haiwan lain.
Menurut ibunya, anaknya itu sama seperti kanak-kanak seusia dengannya.
Dia gemar menonton video robot rancangan ulasan mengenai permainan termasuk kartun.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

