- Berita
- Global
- Trending: Tiada Lagi WFH, Elon Musk Mahu Semua Pekerjanya Kembali Ke Pejabat
Trending: Tiada Lagi WFH, Elon Musk Mahu Semua Pekerjanya Kembali Ke Pejabat
Nampaknya, bukan semua majikan yang berminat untuk melaksanakan amalan BDR atau Work From Home.
Terbaharu amaran keras yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk. Beliau mengarahkan semua kakitangannya kembali ke pejabat atau meninggalkan syarikat itu.

"Semua warga kerja di Tesla perlu menghabiskan minimum 40 jam seminggu di pejabat. Jika tidak hadir, kami menganggap anda telah meletak jawatan.
"Semakin kanan jawatan anda, kehadiran anda perlu lebih nyata,” katanya.
Kenyataan Musk itu kini menjadi trending topik di seluruh negara.

Beliau berkata, kehadiran pekerja di tempat kerja dilihat amat penting. Buktinya, Tesla mampu mengeluarkan produk yang tiada tolok tandingan dari mana-mana syarikat di dunia ini.
Pengeluaran produk paling terbaik tidak akan berlaku dengan sekadar menelefon. Semuanya bergantung kepada kehadiran pekerja di pejabat.
Beliau turut membandingkan dirinya yang gemar mengadakan lawatan tapak di kilangnya.

“Kehadiran saya di kilang membuat warga kerja lain nampak saya bekerja secara bersama-sama dengan mereka,” katanya sambil memberitahu jika beliau tidak berbuat demikian, Tesla sudah lama bankrap.
Apa pula pandangan anda? Adakah WFH masih relevan di Malaysia?
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/