- Berita
- Berita Auto
- Buat Aduan Guna Aplikasi JPJ Dan Terima Penghargaan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang untuk memberikan penghargaan kepada orang ramai yang menyalurkan informasi berkenaan kesalahan penggunaan jalan raya melalui aplikasi e-ADUAN@JPJ.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, M Janagarajan berkata, perkara ini telah dibincangkan oleh jabatan untuk menggalakkan orang ramai menggunakan aplikasi ini memandangkan penggunaannya masih lagi tidak meluas sejak mula diperkenalkan pada bulan April lalu.
"Kita sangat mengharapkan kerjasama masyarakat untuk membuat laporan kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

"Sejak e-Aduan@JPJ ini diperkenalkan kami menerima kira-kira 1,000 aduan di seluruh negara yang mana sistem aduan ini lebih cepat dan mudah," katanya ketika ditemui ketika pemeriksaan di Terminal 1, di sini, malam ini.
Penggunaannya cukup mudah kerana pengadu hanya perlu memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya yang ditemui, termasuklah lokasi dan waktu kesalahan tersebut berlaku.
"Aduan yang dibuat perlu lengkap dengan waktu, tempat, video dan gambar untuk memudahkan siasatan dijalankan," katanya.
Sejak aplikasi ini dilancarkan, lebih daripada 1,000 kesalahan jalan yang telah dilaporkan menerusi aplikasi membabitkan kesalahan seperti memotong barisan, penggunaan laluan kecemasan dan langgar lampu isyarat.
Sudahkah anda muat turun aplikasi e-ADUAN@JPJ? Kalau belum klik di sini
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

