Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isu Trafik Sesak Di KL: DBKL Bakal Perbanyak Laluan Kontra

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Isu kesesakan jalan yang kian meruncing pasca pandemik telah menyebabkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil keputusan untuk mewujudkan laluan kontra di beberapa jalan utama di Kuala Lumpur pada waktu puncak. Laluan kontra ialah penambahan lorong yang membenarkan trafik bergerak di arah berlawanan bergantung kepada keadaan lalu lintas. 

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata antara laluan yang telah dikenalpasti ialah Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, Jalan Cheras, Jalan Istana serta kawasan Bulatan Pahang.


​​"Kita akan lihat lebih terperinci berkenaan pelaksanaan laluan kontra di laluan Lebuhraya Seremban-KL bagi membantu penyuraian trafik masuk dan keluar dari pusat bandar ketika waktu puncak.

"Laluan kontra sedia ada di Jalan Cheras sepanjang empat kilometer (km) dipanjangkan kepada 8km iaitu sehingga ke Jalan Maharajalela," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini, hari ini.


Tambahnya lagi, DBKL telah mengenal pasti 13 lokasi utama yang menjadi titik panas kesesakan seperti dan ini termasuklah Jalan Kuching, Jalan Yew, Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak.

Beliau turut memaklumkan, penambahan lorong di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) berhampiran kawasan Bandar Tasik Selatan berkuat kuasa serta-merta sebagai inisiatif untuk menyuraikan kesesakan lalu lintas di jalan tersebut.

"Sekarang terdapat dua lorong susulan, terdapat kerja-kerja pembinaan yang sedang berjalan, jadi kami putuskan untuk menjadikan ia tiga lorong secara kekal sekali gus menaik taraf keadaan jalan di ibu kota," katanya.

Langkah yang diambil ini merupakan salah satu penyelesaian jangka sederhana yang telah dipersetujui dalam jawatankuasa khas untuk menangani masalah kesesakan trafik di ibu kota.

Sumber: Bernama

Baca: Keadaan Kuala Lumpur Kian Merisaukan: Isu Jalan Banjir, Trafik Sesak, Pengangkutan Semakin Teruk

Tag:

dbkl
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jalan Tutup, Makin Sesak, Harap Orang Sungai Besi Tabah

Jalan Sungai Besi menghala ke Sungai Besi atau Petaling Jaya berhadapan Fraser Business Park dan Bulatan Loke Yew akan ditutup bermula 5 Ogos ini.

01-08-2023
Berita Auto

“Penduduk PPR Ini Cecah 8,000, Parkir Hanya 1,200, Mana Janji DBKL?” – Penduduk PPR KL

Sudahlah ruang parkir terlalu terhad untuk penduduk yang ramai, malah disaman lagi oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

07-11-2022
Berita Auto

Ribuan Kereta Teperangkap Dalam Kesesakan Lalu Lintas

Jalan sesak seluruh Kuala Lumpur semalam.

02-11-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026