Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Kia Grand Carnival Terbaik Untuk Yang Ada Keluarga Besar

Suhana Veru

27-7-2022

Kongsi melalui

Sebaik diarahkan untuk mengambil Kia Grand Carnival untuk melakukan tugasan pandu uji, jujur saya katakan, ia adalah satu tugasan yang cukup mengerikan.

Apa tidaknya, selepas membelek gambar-gambar dan video jentera ini, saya pada mulanya ingin menolak tugasan terbabit kerana khuatir tidak dapat mengendalikannya dengan baik.

Tambahan pula, dengan dimensi 5,155 mm panjang, 1,995 mm lebar, 1,740 mm tinggi dan jarak roda 3,090 mm, saya bertambah gusar apatah lagi apabila dimaklumkan model 2022 adalah lebih besar yang mana ada tambahan bagi panjang (+40 mm), lebar (+10 mm) dan jarak roda (+30 mm).


Mahu atau tidak, pada keesokannya saya ke  Dinamikjaya Motors (anak syarikat Bermaz Auto) yang terletak di Glenmarie, Shah Alam. 

Sebaik tiba di ibu pejabat Dinamikjaya Motors, saya dibawa ke arah barisan Kia Grand Carnival yang ditempatkan untuk pemanduan pandu uji.

“Ini dia kuncinya, selamat memandu, jika ada apa-apa, hubungi saya nanti,” ujar pegawai perhubungannya.

Tanpa melengah masa, saya terus melabuhkan punggung ke kerusi tempat duduk pemandu dan membelek segala infotainmennya termasuk menetapkan cermin pandang belakang dan cermin sisi yang betul.

Benar, ini adalah kali pertama  saya mengambil masa yang terlalu lama untuk menyesuaikan diri dengan kereta pandu uji.

Boleh dikatakan macam lori satu tan kerana ia memang panjang dan lebar. 


Sebaik saya keluar dari ibu pejabat Dinamikjaya Motors, ia nyata sudah menguji tahap kemahiran pemanduan saya.

Maklumlah, saiznya yang agak besar membuatkan saya sukar untuk mengendalikannya terutama sebaik tiba di jalan selekoh.

Rupa-rupanya, saya perlu mengambil ruang yang lebih sedikit terutama di selekoh sama seperti jika memandu pacuan empat roda.

Namun, saya mendapati pengendalian jentera ini agak mencabar buat saya ketika melalui laluan sempit dan pusingan – U dan apabila nak parkir

Maklumlah, saiz besar gedabaknya benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan saya apabila masuk parkir yang kiri-kanan ada kenderaan lain.

Inilah saat menguji kemahiran pemanduan saya walapun telah berbelas tahun memiliki lesen memandu.

Apa yang penting kita kena ubah mind set, lelaki atau perempuan sebenarnya semua mampu melakukan perkara yang sama.

Biarpun masih belum yakin memandu jentera namun apa yang saya dapat semua ruang yang ada pada kenderaan utiliti sukan ini semuanya besar dan puas hati!


Bermula dari kelebaran cermin hadapan, cermin sisi, tingkap penumpang dan cermin belakang, ia nyata menawarkan saiz yang cukup lebar.

Apa yang cukup mengejutkan ialah perasaan kebimbangan saya mula hilang selepas pemanduan selama sejam.

Saya memandu jentera ini ke Jalan Temiang-Pantai, Seremban. Ia cukup selesa. Anak-anak pula kelihatan cukup gembira dan selesa dengan keluasan duduk di barisan kedua mahupun ketiga.

Pada hemat saya, ia sebuah jentera yang cukup sesuai untuk sebuah keluarga yang terdiri daripada, ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek.

Sebaik turun dari kenderaan, mata saya melirik ke arah bahagian hadapannya.

REKAAN LUARAN

Dari segi penampilan, Carnival hadir dengan bumbung lebih rendah yang banyak membantu dalam memberikan kualiti pengendalian lebih baik.



Wajahnya diserlahkan dengan falsafah reka bentuk tiger nose Kia manakala grilnya pula terdiri daripada kotak-kotak berwarna krom. 

Hanya satu varian enjin sahaja yang ditawarkan iaitu 2.2L diesel turbo empat-silinder untuk memacu GUV ini. Ia dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan.


Sebenarnya, penulis cukup tertarik dengan profil sisi Carnival yang berbentuk seakan-akan crossovers. Ini diserlahkan lagi menerusi rim berukuran 18 inci dan sirip krom bertekstur pada tiang.

Menjengah bahagian belakangnya, rekaan lampu yang merentangi sepanjang bahagian tailgate menyebabkan ia kelihatan lebih lebar. 



Apa yang nampak kurang sedikit ialah ia tidak menggunakan mentol LED seperti lampu depan. 

Ia juga hadir dengan kemasan plastik hitam pada bawah bampar, skirt sisi, skid plate dan rel bumbung. 


Menyentuh mengenai rimnya, ia bersaiz 18 inci dan  menerima logo baharu Kia yang diletakkan pada bonet, pintu tailgate, penutup tengah rim dan juga pada beg udara roda stereng.

RUANG DALAMAN

Sebaik melangkah masuk ke bahagian kabin, saya tidak dapat nafikan ia cukup besar, lebar dan luas.

Tempat duduknya dihiasi dengan  upholesteri dua tona iaitu hitam dan coklat.


Terdapat juga kemasan hitam berkilat pada konsol tenga dan kemasan krom  turut menghiasi papan pemuka.

Dengan adanya warna dua tona, jentera ini kelihatan cukup elegan dan mewah.


Bercakap mengenai infotainmennya pula, ia dilengkapi dengan skrin sentuh berukuran 12.3 inci yang menawarkan Apple CarPlay dan Android Auto. 

Namun sayangnya, tiada tuil gear konvesional kali ini dan digantikan dengan tombol pemilih gear rotari.

PRESTASI

Saya memang akui prestasi enjinya cukup memberangsangkan. Dengan kuasa hingga 202 PS (199 hp) pada 3,800 rpm dan tork 441 Nm dari 1,750 hingga 2,750 rpm, enjinnya mampu bergerak pada kelajuan cukup memberangsangkan tanpa perlu dipaksa.


Apa yang penting, padanan transmisinya juga tidak lembap ketika tukar gear dan saya tidak berasa langsung berat untuk mengendalikan GUV ini.

Untuk info anda, Carnival 2022 ini ada 4 mod pemanduan iaitu Normal, Sport, Eco dan Smart. 


Jadi, anda bebas memilih mana-mana mod pemanduan yang diingini mengikut corak pengendalian dan keadaan jalan.

Malah,  sistem stereng kuasa bagi GUV ini juga telah dilaras semula bagi membantu pengendaliannya.

Bercakap mengenai penggunaan bahan apinya, saya berasa anda tidak akan sia-sia membeli jentera ini apatah lagi dengan kenaikan kos harga minyak ketika ini yang sungguh mencekik darah.

Seperti biasa, sebelum syarikat menyerahkan kereta mereka kepada pihak wartawan, mereka sudah siap isi minyak dengan penuh. 

Jadi, dengan tangki penuh berkapasiti 72 liter, bayangkan perjalanan saya dari Putra Height, Subang Jaya ke Temiang, tangkinya masih penuh.

Mesti anda tidak percaya? 

Ya, apa yang saya katakan ini adalah benar, mungkin jarumnya cuma naik sedikit, membuatkan saya tidak sedar.

Sekali lagi saya katakan, jentera ini memang akan menjimatkan duit anda!

Apapun, bab penggunaan bahan api, bukan setakat jarak perbatuan, yang paling penting cara pemanduan, bebanan yang dibawa juga memainkan peranan penting. 

Bagi aspek keselamatan, ia diberikan enam beg udara, dua unit cagak Isofix pada barisan kedua, kawalan stabiliti, pemantau titik buta dan amaran trafik melintas dari belakang. 

Ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan Safe Exit Assist iaitu sistem ini boleh mengesan pergerakan kenderaan lain di luar dengan kelajuan sekurang-kurangnya 5 km/j dan ia akan berbunyi sebagai tanda berwaspada.

Bagi pilihan warna, ia ditawarkan enam pilihan warna Snow White Pearl, Silky Silver, Aurora Black Pearl, Panthera Metal, Astra Blue dan Flare Red.

Ditawarkan pada harga RM 196,340, GUV ini sememangnya sebuah jentera yang berbaloi untuk dimiliki oleh sebuah keluarga yang besar kerana bilangan tempat duduknya.

Setery terdekat Carnival 2022 ini sudah pastinya Hyundai Grand Starex yang diperkenalkan pada tahun 2022, dengan dua pilihan varian berharga RM163,888 dan RM173,888.

Apapun,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada DinamikJaya Motors kerana sudi meminjamkan jentera mereka untuk melakukan sesi pandu uji!




Tag:

2022 Kia Carnival
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji
Pandu Uji Kia Carnival 2022:  Berbaloikah Untuk Beli Jentera 11 Tempat Duduk Ini? Ini Pendapat Jujur Kami

Pandu Uji Kia Carnival 2022: Berbaloikah Untuk Beli Jentera 11 Tempat Duduk Ini? Ini Pendapat Jujur Kami

Berharga RM 196,340, GUV dengan 11 tempat duduk ini hanya ditawarkan dalam satu varian di Malaysia. Artikel ini mendedahkan pengalaman penulis sewaktu sesi pandu uji media Kia Carnival.

28-01-2022
Berita Auto
Harga Kia Carnival 2022 Didedahkan

Harga Kia Carnival 2022 Didedahkan

Jentera ini yang menawarkan satu varian tunggal akan dijual pada harga RM196,341.

12-01-2022

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025