Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MBPJ Mahu Jual Kereta Buruk Yang Tersadai Lama

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kumpul dan jual kereta terbiar!

Itu antara langkah yang sedang dipertimbangkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menyelesaikan isu kereta terbiar di kawasan kejiranan.


Perkara itu disahkan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Sharipah Marhaini Syed Ali.


Menurutnya, pihaknya berhadapan dengan isu kereta buruk sejak sekian lama menyebabkan MBPJ juga sedang mengkaji untuk menjual semula kereta yang tersadai.

Difahamkan, MBPJ telah menjalankan satu perbincangan dengan Agensi Pengangkutan Darat dan Awam serta Jabatan Pengangkutan Jalan.


“Kami menerima banyak laporan berhubung isu kereta buruk tersadai di kawasan  kejiranan. Rata-rata penduduk mengadu tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan kereta buruk berkenaan.

“Maka, sudah tiba masanya kenderaan ini dilupuskan atau dijual supaya ia tidak menjadi sampah dan merosakkan pemandangan,” ujarnya.

Apa pula pandangan anda! Tinggalkan komen anda di bawah ruangan ini.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026