Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MIROS Ingatkan Pentingnya Guna Kerusi Kanak-kanak

Suhana Veru

Kongsi melalui

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengingatkan penerima program subsidi kerusi kanak-kanak Keluarga Malaysia (MyCRS) supaya segera membeli kerusi kanak-kanak demi menyelamatkan nyawa mereka.

Di sebalik warga kota sibuk pulang ke kampung, MIROS mengingatkan kepada golongan ibu bapa betapa pentingnya penggunaan kerusi kanak-kanak di saat mereka pulang berhari raya.

Apa tidaknya, risiko berlaku kemalangan adalah lebih tinggi terutama pada musim raya berbanding waktu lain.

Oleh itu, bagi penerima program subsidi kerusi kanak-kanak Keluarga Malaysia (MyCRS), mereka disarankan membeli kerusi kereta dengan segera sebelum tempoh subsidi pembelian kerusi berakhir.

Bagi permohonan yang telah berjaya, tempoh subsidi pembelian kerusi telah dilanjutkan tiga bulan dari tarikh semakan.

“Oleh itu, bagi yang layak, segera beli kerusi kanak-kanak sebelum tempoh subsidi berakhir,” kata MIROS dalam satu kenyataan.


Untuk info, menerusi Bajet 2022, kerajaan memberi subsidi 50% atau sehingga RM150 untuk pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi golongan B40.

Peruntukan itu melibatkan kos sebanyak RM30 juta dan ia terhad kepada 188,000 pemohonan ketika diumumkan. 

Setiap individu yang layak boleh menuntut subsidi untuk satu kerusi kanak-kanak sahaja.

Pembelian kerusi kanak-kanak ini boleh dibuat daripada 259 wakil penjual bertauliah  di seluruh negara.

Senarai cawangan berkenaan boleh disemak menerusi pautan www.mycrs.gov.my.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026