Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S Flagship Kia Pertama Di Lembah Klang Kini Dibuka

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd., selaku pengedar tunggal baharu Kia bagi pasaran Malaysia, telah merasmikan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) andalan atau flagship Kia pertama di Lembah Klang.  




Pusat 3S yang bertempat di Glenmarie ini bakal menampilkan identiti korporat visual terkini Kia. Berkeluasan 39,240 kaki persegi, bangunan ini serba lengkap dengan pelbagai jenis perkhidmatan dari jualan, sevis dan alat ganti untuk kemudahan pelanggan. 




Melangkah masuk ke dalam ini, pengunjung bakal disambut oleh suasana yang menyenangkan, ini disebabkan oleh rekaan dalamannya yang diberikan sentuhan natural dan minimal yang sedap dipandang.



Ruang pamerannya boleh menempatkan sehingga empat buah kenderaan pada satu-satu masa.




Sementara itu, fasiliti servisnya pula menempatkan sehingga 21 ruang servis yang dioperasikan oleh jurutera-jurutera terlatih dan berkebolehan. Pusat servis ini dilengkapi sistem diagnostik dan peralatan penyelenggaraan terkini supaya dapat memberikan hasil servis yang terbaik demi menjamin prestasi kenderaan.




Pelanggan yang datang boleh berehat sambil menikmati snek atau minuman yang disediakan di ruang menunggu yang turut lengkap dengan kemudahan wifi. 




Sebagai sebahagian daripada Bermaz Automotive Group, Dinamikjaya Motors komited untuk memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik melalui fasiliti baharu ini. 




Untuk pengalaman pemilikan Kia yang lebih sempurna, anda boleh lawati https://ascrm.kiamalaysia.com.my/custportal/#/main/ownership-update untuk mengemaskini maklumat anda. Semua maklumat akan disimpan dan dilindungi selari dengan undang-undang Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia. Maklumat yang diberi akan membolehkan sistem pihak syarikat memeriksa waranti, notifikasi panggil-semula, dan mempertingkatkan pengalaman pemilikan anda.


INFO PENTING


Lokasi Pusat 3S Glenmarie Kia: No. 1, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park, Seksyen U1, 40150 Shah Alam, Selangor.


Waktu operasi:-

Bilik pameran jualan: Hari bekerja (8.30 pagi - 7.00 petang) | Sabtu (9.00 pagi - 5.00 petang) | Ahad dan cuti umum (10.00 pagi - 5.00 petang)

Pusat servis: Hari bekerja (8.00 pagi - 5.00 petang) | Sabtu (8.00 pagi - 12.00 tengahari) | Cuti umum (Tutup)


Nombor untuk dihubungi:-

Pandu uji: 03-5033 3333  (Bilik Pameran Jualan)

Janji temu servis: 03-5033 3388 (Pusat Servis)

Bantuan tepi jalan (24 jam): 1800-22-2228


Tag:

Kia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
EV

Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?

Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.

24-02-2025
EV

Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty

Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.

17-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Global

Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).

07-11-2024
Global

Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9

Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.

01-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026