Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Lama, Terpakai! Sertai Program Autogen Plus, Banyak Manfaatnya..

Suhana Veru

Kongsi melalui


E-Autogen Capital melancarkan program lanjutan jaminan, AutoGen Plus. yang  membantu pemilik kereta lama dan terpakai menampung kos pembaikan enjin dan transmisi (kotak gear).

Untuk info, kenderaan persendirian terpakai berusia sehingga 10 tahun dengan bacaan odometer dalam jarak 200,000 kilometer layak mengikuti program berkenaan.

Sebaliknya, anda hanya perlu membayar kos serendah RM298 untuk setahun.

Pengarah Urusan eAutoGen Capital Sdn Bhd, Ray Khor berkata, program itu dianjurkan bagi meringankan beban kewangan pemilik kereta.

“Malah, AutoGen Plus juga sebenarnya bertujuan meningkatkan keyakinan terhadap pasaran kereta terpakai yang kurang dikawal selia,” katanya.


Bagaimanapun, bukan semua kereta lama atau terpakai layak mengikuti program berkenaan.

Ini kerana semua kereta di bawah program itu wajib menjalani ujian diagnosis dan pemeriksaan singkat oleh pemeriksa yang dilantik.

Langkah itu diambil bagi melindungi pengedar dan pembeli kereta terpakai daripada sebarang risiko. 

Malah,  pemeriksaan status kereta curi dan kondisi kereta juga turut dilakukan bagi mengelak menanggung kos pembaikan yang tinggi.

Apapun, kerjasama dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Syarikat Permotoran & Kredit Malaysia (FMCCAM) yang mempunyai rangkaian kepada lebih 4,000 pengedar kereta dijangka mampu memberikan keyakinan dan ketelusan terhadap pasaran kereta terpakai.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026