Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

‘Geng Molekwei’ Curi Kereta Mewah Jual Di Thailand Tumpas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ruslan Khalid (dua dari kiri) bersama anggotanya menunjukkan barang rampasan (Foto: Bernama)


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Sindiket pecah rumah dan curi kereta mewah, “Geng Molekwei,” akhirnya tumpas!


Pihak polis berjaya melumpuhkan aktiviti kumpulan yang aktif sejak dua ke tiga bulan lalu melalui beberapa siri serbuan di Negeri Sembilan dan Kedah antara 16 hingga 18 Ogos baru-baru ini. Seramai tiga lelaki dan dua wanita berjaya diberkas. 


Ketua Polis Negeri Sembilan, Ruslan Khalid berkata, kesemua yang ditangkap berusia antara 31 ke 41 tahun ini telah mencuri kereta seperti Mercedes Benz, Vios, Honda dan Toyota Hilux.


“Dalam serbuan itu, polis turut merampas barang kes termasuk arak pelbagai jenama, telefon bimbit, komputer riba, kamera digital, selain peralatan pecah rumah seperti kunci allen pelbagai saiz, pemutar skru, playar serta pembuka tayar diubah suai yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM500,000.


Antara barangan dirampas (Foto: Bernama)


“Beberapa individu akan pecah masuk rumah kemudian menyerahkan barang curi kepada individu lain yang bertindak sebagai orang tengah untuk mencari pembeli tempatan dan pasaran luar negara hingga ke Thailand,” katanya kepada Bernama.


Kawasan perumahan yang disasarkan adalah di sekitar Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur. Kereta yang dicuri kemudiannya dijual dalam harga RM30,000 bergantung kepada jenis. 


Kesemua suspek telah ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan dan masih melakukan siasatan sekiranya masih terdapat penjenayah lain dalam ‘geng’ ini yang belum diberkas. 


Sumber: Bernama, FMT


Baca: Akhirnya! Penipu Urusan Beli Kereta Ditangkap, Mangsa Rugi RM129K


Baca: “Dapat Lesen Kereta Tanpa Ujian, 3 Hari Je!” – Awas! Jangan Mudah Terpedaya


Baca: RM210,850 ‘Terbakar’ Ditipu Oleh Scammer Jual Vellfire Murah! Anda Mungkin Mangsa Seterusnya…

Tag:

sindiket
polis
jenayah
Geng Molekwei
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Akhirnya! Penipu Urusan Beli Kereta Ditangkap, Mangsa Rugi RM129K

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan jualan kereta.

12-08-2022
Berita Auto

Polis Disaman Parkir Di Tempat Motosikal

Sebuah kenderaan milik pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikesan menggunakan parkir motosikal.

27-01-2023
Berita Auto

10 Kereta, 5 Motosikal Berkuasa Besar Polis Musnah Dalam Kebakaran

Sepuluh buah kereta dan lima buah motosikal berkuasa besar hangus terbakar.

12-09-2022
Berita Auto

Kesan Mat Rempit Guna Kamera, Suspek Akan Ditahan Di Luar Perlumbaan

Pihak polis Pulau Pinang guna kamera sebagai bahan bukti untuk menahan mat rempit.

15-08-2022
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026