Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Serahan Unit Kenderaan Terdiri: Proton Perdana, X70, Saga.

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengeluar kereta nasional PROTON  menyerahkan 10 unit kenderaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi menyokong penganjuran Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022.

Untuk makluman, acara  sukan dwi tahunan anjuran KPT itu akan diadakan pada hari esok hingga 21 Ogos ini  di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.

Dikhabarkan, unit kenderaan yang diserahkan itu terdiri daripada lapan unit Proton Perdana, satu unit Proton X70 dan satu unit Proton Saga.


Pengurus Besar Proton Edar, Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa berkata, ia merupakan kali kedua PROTON menyokong SUKIPT setelah terlibat sebagai penaja temasya edisi tahun 2012.

“Syarikat berbangga kerana dapat memainkan peranan dalam acara sukan yang penting untuk pelajar pengajian tinggi ini dan kami berharap penajaan kami akan membantu dalam memastikan kelancaran SUKIPT 2022,” katanya dalam satu kenyataan.


Selain daripada peranannya dalam temasya ini, PROTON juga telah menyumbang kepada pembangunan sukan di sekolah-sekolah di Tanjung Malim tahun ini.

Syarikat turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan peralatan sukan kepada SMK dan SK Proton City pada 27 Jun manakala pada 28 Julai, sumbangan tunai disampaikan kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) di Kuala Nerus, Terengganu bagi menyokong program kecemerlangan akademik sekolah.

Tag:

Proton Edar
Proton Saga
protonx70
perdana
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lebih 13,000 Unit Kereta Proton Terjual Dalam Tempoh Sebulan!

Proton berjaya mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif pada bulan Februari 2024.

07-03-2024
Berita Auto

Proton Catat Jualan YTD Lebih 90K Unit! X90 Model Terlaris

PROTON, pengeluar kereta nasional, mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa pada separuh pertama tahun 2023.

03-08-2023
Berita Auto

Funding Societies Sediakan Kemudahan Pinjaman Kepada Pengedar Kereta Proton Terpakai

Platform pembiayaan digital PKS terbesar Asia Tenggara, Funding Societies kini bekerjasama dengan pengeluar kereta negara, Proton, untuk memberikan bantuan kredit.

14-11-2022
EV

EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia

Smart #1 bakal masuki pasaran Malaysia, ini 6 fakta penting mengenai EV kompak premium mampu milik ini.

18-08-2022
Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?

09-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026