Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Takziah..Pasangan Tunang Maut Selepas Rempuh Treler Rosak

Suhana Veru

Kongsi melalui


Darah manis! Itu antara yang sering dikatakan dalam tempoh mereka sedang bertunang. 

Ini kerana dalam tempoh berkenaan, sering kali dikatakan mengenai cabaran dalam hubungan.

Namun lain pula bagi pasangan tunang ini, Mohamad Fadhil Zil Ikram Mohamad Tarmizi, 19, dan Anis Anisha Md. Ishak, 24 yang maut selepas motosikal dinaiki merempuh belakang sebuah treler yang berhenti.

Kejadian itu berlaku  di lorong kecemasan di Kilometer 103 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Difahamkan penunggang motosikal jenis Yamaha Avantis iaitu Anis  maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Sementara itu, pemboncengnya, Mohamad Fadhil yang mengalami kecederaan dalaman meninggal dunia selepas lima jam bertarung nyawa.

Bagaimanapun, pemandu treler dikatakan tidak bersalah.

Ini kerana pemandu treler telah memaklumkan kerosakan kenderaannya  kepada pihak PLUS. Malah, pemandu treler itu juga telah bertindak meletakkan kon di belakang trelernya.

Namun, mungkin sudah ajal pasangan ini.

Salam takziah kepada kedua-dua keluarga mangsa.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026