Link Copiedcheck_circle
EV

TNB Bina Pengecas EV Di Lokasi Strategik Sepanjang Lebuh Raya PLUS

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Tidak lama lagi kita akan melihat lebih banyak kemudahan pengecasan di serata negara. NST melaporkan, Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan perancangan untuk mewujudkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di lokasi strategik sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.


Pengecas EV (Foto: Bernama)


Usaha ini akan dijalankan dengan kerjasama PLUS Malaysia Bhd membabitkan pelaburan berjumlah RM90 juta daripada TNB.


Stesen pengecasan EV TNB (Foto: FB TNB Careline)


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din berkata, “TNB akan melaburkan sebanyak RM90 juta untuk menyokong ekosistem EV dalam tempoh tiga tahun.


"TNB menyasarkan untuk mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik bateri (BEV) bagi memperoleh nilai pasaran RM1.3 bilion menjelang 2030 dan mengalu-alukan kerjasama dengan rakan kongsi strategik dalam merangsang pertumbuhan ekosistem BEV,” katanya ketika sidang media.




TNB dan PLUS telah mengumumkan kerjasama pada Mac tahun ini untuk mengambil inisiatif kemampanan bagi mengurangkan pelepasan karbon di lebuh raya PLUS.




Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan, kedua-dua syarikat berkata, inisiatif ini membabitkan pembangunan rangkaian stesen pengecas EV, pemasangan pemantauan kecekapan tenaga dan sistem fotovoltan solar di kawasan rehat dan rawat (R&R) terpilih di sepanjang rangkaian lebuh raya PLUS.


TNB juga sedang mengadakan perbincangan dengan pengendali lebuh raya serta pihak berkuasa jalan persekutuan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).


Tambahnya lagi, dianggarkan kira-kira 3,300 stesen pengecasan untuk 33,350 kenderaan elektrik penuh bakal tersedia menjelang tahun 2025. Memberikan hasil elektrik tahunan mencecah RM80 juta. Jumlah tempat pengecasan dijangka meningkat kepada 18,000 bagi 524,409 EV dengan hasil elektrik tahunan RM1.25 bilion menjelang tahun 2030. 


"Menjelang 2030, kami menjangkakan setengah juta EV akan berada di jalan raya dengan keperluan pengecasan elektrik 2.3 TWh, bernilai RM1.26 bilion. Ini juga bermakna pengurangan pelepasan CO2 sebanyak 4.4 juta tan dengan mengambil kira kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) di jalan raya,” tambahnya.


Baca: TNB Dan Perodua Disarankan Kerjasama Hasil Kereta Elektrik Mampu Milik – PM


Sumber: NST, SH

Tag:

ev
TNB
PLUS Highway
Lebuh Raya PLUS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!

Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"

21-05-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

PERODUA Bakal Terajui EV Murah

PERODUA dilantik untuk menerajui pengeluaran kenderaan elektrik mampu milik di bawah NIMP 2030.

18-01-2024
Video

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

Lotus Eletre 2023 | SUV Hiper Mampu Milik T20

27-06-2023
Video

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

Ulasan: GWM Ora Good Cat – EV 'Kucing' Kompak!

20-06-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
EV

Gentari Dah Mula Pasang Pengecas EV Ke Luar Negara?

Gentari pasang pengecas kereta elektrik di Thailand

19-05-2023
Berita Auto

Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Orang ramai mula menyerbu Malaysia Autoshow 2023 berikutan cuti umum sempena Hari Wesak.

04-05-2023

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026