Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

5 Perkara Menarik Tentang XPeng G9, SUV Elektrik Dengan Cas Terpantas Dunia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



XPeng Inc. baru-baru ini telah melancarkan senarai harga dan juga spesifikasi SUV terbaharu keluaran syarikat, G9. Enam varian ditawarkan dengan harga bermula daripada Yen China Renminbe (RMB) 309,900 hingga 469,900 (RM199,241-RM302,108).




Bagi versi pacuan roda belakang (RWD), terdapat tiga varian iaitu 570G, 570E dan 702E, versi pacuan semua roda (AWD) juga turut ditawarkan dalam tiga varian iaitu 650E, 650X dan 650X Launch Edition.




Dalam artikel ini, CariCarz kongsikan 5 perkara menarik tentang XPeng G9:


#1 Sebuah SUV elektrik dengan teknologi pengecasan terpantas dunia




Menggunakan sistem Silicon Carbide (SiC) berkapasiti 800 V yang pertama China, teknologi ini membolehkan G9 dicas sehingga 200 km dalam masa hanya 5 minit! Ini bermakna, tenaga bateri G9 versi 4C boleh dicas dari 10-80% dalam masa hanya 15 minit.




Sementara versi 3C yang standard pula dalam masa 20 minit. Ini sekaligus menjadikan G9 sebagai SUV elektrik dengan teknologi pengecasan terpantas di dunia. 


#2 Prestasi dan jarak perjalanan yang hebat


G9 versi 4WD boleh mencapai output maksimum 551 hp (405 kW)/717 Nm dengan kuasa pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 3.9 saat. SUV ini turut memiliki kemampuan brek yang berkuasa kerana mampu menghentikan pergerakan kenderaan yang bergerak pada kelajuan 100 km/j pada jarak 34.6 meter. 




Model ini ditawarkan dengan sembilan mod pemanduan yang termasuklah Boost Mode. Ketika mod ini diaktifkan, EV ini boleh mencapai tork maksimum dalam masa hanya 0.15 saat.


Jarak perjalanan yang mampu ditempuhi EV ini dengan cas penuh bermula dari 570 km hingga 702 km!


#3 Sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) senario penuh, XNGP




G9 menggunakan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) generasi kedua XPENG iaitu XNGP yang menampilkan teknologi bantuan pemandu senario penuh pertama dalam industri. 




Versi X G9 menggunakan cip dwi NVIDIA DRIVE Orin yang memberikan 508 TOPS (trillion operasi sesaat) prestasi pengkomputeran. Sebanyak 31 sensor dan sebuah kamera pandangan hadapan digunakan untuk mengesan objek di sekitar kenderaan. Sensor LiDAR yang digunakan dapat mengesan sehingga 180 darjah, sekaligus mengurangkan saiz titik buta kereta. 


#4 Teknologi Bantuan Suara Empat Zon yang Sentiasa Aktif




Sistem bantuan suara G9 menggunakan teknologi MIMO (Multiple Input Multiple Output) yang membolehkannya memberi respon kepada arahan suara daripada kesemua empat ruang kabin. Lebih menarik lagi, ia boleh memahami arahan berturut-turut yang diterima daripada penumpang berbeza tanpa perlu sentiasa diaktifkan semula. Dengan kuasa pengkomputeran yang telah dinaik taraf, pembantu suara sentiasa hidup G9 ini dapat memberikan respon sepantas kilat (milisaat). Bukan itu sahaja, sistem ini boleh mengawal lebih daripada 600 fungsi kenderaan!


#5 Pengalaman Multimedia 5D Xopera




Sistem multimedia yang ditawarkan XPeng cukup menakjubkan. Pengguna dapat ‘melayan’ sistem audio canggih melalui 18 buah speaker Dynaudio Confidence. 


Semasa menonton filem atau mendengar muzik, teknologi Dolby Atmos yang digunakan memberikan penumpang kereta pengalaman hiburan imersif yang merangkumi perubahan pencahayaan ambien, gegaran tempat duduk, perubahan kesejukan pendingin hawa, dan perubahan bau.


Sememangnya unik dan canggih. Apa pendapat anda tentang kesemua teknologi yang terdapat pada XPeng G9 ini? Kongsikan komen di bawah.


Baca: Cas 5 Minit Dapat 200 KM! XPENG G9 Bakal Dilancarkan Di China 21 September Ini

Tag:

Xpeng G9
G9
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Banjir Kilat PJ, Kenderaan Terperangkap Dalam Banjir
Berita Auto
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026