- Berita
- Berita Auto
- Dua Kereta Hanyut, Hati-Hati Berkelah Pada Musim Hujan
Kejadian kepala air yang berlaku di Lata Ulu, Kasar, Setiu, Terengganu menyebabkan dua kereta jenis Perodua Aruz dan Proton Savvy dihanyutkan arus deras.
Mujur, tiada penumpang di dalam kedua-dua kenderaan berkenaan.

Berdasarkan maklumat terkini, seramai 32 mangsa termasuk 13 kanak-kanak yang berkelah di kawasan berkenaan dilaporkan selamat.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa pengunjung panik, manakala sekurang-kurangnya enam kereta hampir tenggelam dalam kejadian itu.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

