- Berita
- Berita Auto
- Musim Cuti Sekolah Bermula, Maka Lebuh Raya Mula Sesak

Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak semalam.
Sudah menjadi lumrah, setiap kali musim cuti sekolah, ada yang pergi bercuti dan tidak kurang juga yang balik ke kampung.
Maka, tidak hairanlah beberapa lebuh raya utama akan sesak teruk.
Terbaharu, beberapa lokasi sepanjang Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sesak dan perlahan susulan musim cuti sekolah bermula hari ini.
Malah, beberapa rakan di Facebook turut berkongsi gambar yang menunjukkan laluan LPT sesak teruk.
Menjengah laman Facebook Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) pula, trafik dikatakan sesak kira-kira 11 kilometer (km) bermula dari KM 25.2 sehingga ke KM 36.2 arah Kuantan (Gombak ke Genting Sempah) gara-gara ada kenderaan rosak di lorong kiri.
Selain kesesakan di LPT, aliran trafik juga perlahan sepanjang 2.1 km sebelum Plaza Tol Gombak arah Kuala Lumpur (KL) dan sekitar Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Apapun, bagi yang sudah pasang niat untuk bercuti sepanjang musim cuti sekolah ini, pastikan anda rancang perjalanan anda!

Yang paling penting ialah jangan lupa tambah nilai kad “Touch n Go”.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/