Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Papan Tanda SUKE Ikut Piawaian

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebenarnya, PROLINTAS ada memasang papan tanda bersaiz besar, tidak jauh dari lokasi papan tanda kecil.

Sekitar dua hari lalu, ada seorang pengguna TikTok menyindir saiz papan tanda di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) yang dilihat terlalu kecil sehingga sukar untuk melihat arah laluan.

Dia kemudian sempat merakam video papan tanda itu yang tertera perkataan “susur kanan untuk ke Ampang, Pandan Indah dan Hospital Ampang, susur kiri untuk ke Hulu Langat dan Bukit Ampang”.

“Dengan jalan besar macam ni, lepas tu buat signboard besar tu je? Memang tak perasanlah orang nak tengok dari jauh.

“Kalau orang bawa laju, memang auto sesat bila keluar dari highway ni. Kena hati-hati je lah kat kawasan sini.” tulisnya di bawah kapsyen video itu.


Dalam bulatan (kiri) menunjukkan papan tanda bersaiz kecil.

Susulan perkongsian lelaki itu, klip video itu turut mendapat perhatian orang awam sehingga Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) tampil membuat kenyataan.

Ujarnya, papan tanda itu  mengikut piawaian ditetapkan dan mendapat kelulusan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Syarikat itu turut menyangkal dakwaan pengguna itu kerana katanya, ada papan tanda tambahan yang dipasang di antara cabang simpang di atas papan tanda arah.

"Oleh sebab kekangan kawasan, saiz papan tanda tambahan yang digunakan adalah lebih kecil berbanding papan tanda sedia ada,” kata PROLINTAS.


Papan tanda arah Hulu Langat dan Ampang Tasik Tambahan.

Bertindak atas maklum balas orang ramai, pihak syarikat dikatakan sudah mencabut papan tanda tambahan itu dengan serta merta supaya tidak mengelirukan pengguna lebuh raya berkenaan.

Sementara itu, beberapa gambar yang dimuat naik ke Facebook PROLINTAS menunjukkan papan tanda kecil itu sudah pun diturunkan.


Papan tanda bersaiz kecil sudah diturunkan.

Syabas PROLINTAS kerana bertindak dengan pantas demi keselesaan pengguna jalan raya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang

Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.

20-07-2026
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026