Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pesara Polis Maut, Kereta Hilang Kawalan Tiba-Tiba

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kemalangan di Jalan Labok - Banggol Judah, dekat Kampung Gendang Lima, Machang petang semalam telah menyebabkan seorang pesara polis maut.


Pada jam 4.50 petang, satu tragedi yang tidak disangka terjadi apabila Toyota Alphard yang dipandu Mohd Rujudi Awang, 55, hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan lain. Rujudi meninggal dunia di lokasi kejadian. 


Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superitendan Mohd Zahir Abdullah berkata, mangsa lain yang terlibat ialah pemandu berusia 30 tahun yang datang dari Banggol Judah menuju ke arah Kota Bharu.


"Setibanya di lokasi kejadian, secara tiba-tiba mangsa yang memandu Toyota Alphard datang dari arah Labok dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan merempuh bahagian hadapan kereta Honda Civic yang dipandu lelaki berusia 30 tahun itu.




"Akibat pertembungan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang datang melakukan pemeriksaan, manakala seorang lagi mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat. 


"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.


Sumber: Harian Metro

Baca: [TULAR] Myvi Gerak Hanya Dengan 2 Tayar! Elak Dirempuh Lori

Baca: Maut Dirempuh Kereta Suami Sendiri

Baca: Pemandu Wira Ini Sedang Dicari, Kes Langgar Lari, Seorang Maut

Tag:

Honda Civic
Toyota Alphard
kemalangan
Kemalangan Maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

06-11-2024
Global

02-08-2024
Global

02-08-2024
Global

24-05-2024
Global

09-05-2024
Berita Auto

01-02-2024
Global

19-01-2024
Global

17-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026
Berita Auto

26-02-2026
Berita Auto

Masalah Brek Punca SUV Terbabas Di Cameron Highlands

Detik cemas menyelubungi sebuah keluarga apabila SUV yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam gaung sedalam 15 meter di sebuah ladang teh.

25-02-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Pemenang Cabutan Bertuah Test Drive Chery PHEV Bawa Pulang Tiggo Cross HEV

Ibu kepada dua anak berjaya membawa pulang sebuah Chery Tiggo Cross HEV.

24-02-2026
Berita Auto

Tidur Yang Membunuh: Microsleep Punca 20% Kemalangan Maut , Risiko Tinggi Di Musim Perayaan – MIROS

Isu 'mengantuk sesaat' atau microsleep bukan perkara remeh. Di Malaysia, fenomena ini dikenal pasti sebagai punca utama kepada kira-kira 20% kemalangan jalan raya yang dilaporkan setiap tahun, termasuk kes-kes yang meragut nyawa.

24-02-2026
Berita Auto

LRT3 Bakal Beroperasi Sebelum Jun Ini

LRT3 yang menghubungkan Shah Alam dan kawasan sekitarnya dijangka beroperasi sebelum Jun ini,

23-02-2026