Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sengaja Buat Onar, Warga Asing Lari Sekatan SJR

Suhana Veru

Kongsi melalui


Warga asing itu memandu Proton Saga tanpa lesen memandu.

Tindakan seorang warga asing yang melakukan cubaan meloloskan diri daripada Sekatan Jalan Raya (SJR) membawa padah apabila dia berjaya diberkas hanya dalam beberapa minit.

Kejadian berlaku di  susur Kilometer 31 Lebuhraya Shah Alam (Kesas), pada minggu lepas.

Melihat kelibat yang cukup mencurigakan, pasukan polis yang bertugas di SJR meminta pemandu kereta Proton Saga itu untuk berhenti untuk tujuan pemeriksaan.


Suspek berjaya ditahan bersama kereta yang dipandunya.

Sebaliknya, warga Indonesia itu memecut laju dan hampir melanggar anggota polis bertugas serta merempuh palang tol.

Mujur, tiada kemalangan jiwa.

Namun, tidak jauh dari lokasi, pihak polis berjaya mengejar dan memberkasnya di tepi jalan.

Hasil siasatan mendapati, punca dia melarikan diri rupa-rupanya disebabkan tidak mempunyai lesen memandu dan kad pengenalan diri.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026