Link Copiedcheck_circle
EV

Sime Darby Pengedar EV Keluaran BYD Bagi Pasaran Malaysia, Ini Dua Model Pertama Dibawa Masuk...

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Kerjasama antara SDM dan BYD dirasmikan dalam majlis penandatanganan yang diadakan di Sime Darby Motors City, Ara Damansara


Sime Darby Motors (SDM) Malaysia semalam telah memeterai Perjanjian Pengedaran bersama BYD, syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) China. Perjanjian ini menandakan permulaan kemasukan EV syarikat tersebut dalam pasaran tempatan. 


Perjanjian ini bakal menyaksikan SDM sebagai pengedar rasmi EV keluaran BYD bagi pasaran Malaysia. Dua model yang akan dibawa masuk ialah EV ATTO 3 dan e6. 




SDM Malaysia dan BYD telah merasmikan kerjasama dalam majlis penandatanganan antara Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, dan Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd dan PT. BYD MOTOR INDONESIA, Eagle Zhao. 


EV ATTO 3


Pengarah Urusan Sime Darby Motors,  Andrew Basham berkata, “BYD merupakan pengeluar  kenderaan tenaga baharu terkemuka dunia dan kerjasama ini akan membawa masuk kepakaran BYD ke pasaran Malaysia melalui penawaran pelbagai model EV. 


“Kerjasama dengan BYD adalah salah satu langkah yang diambil Sime Darby Motors untuk menjadi peneraju EV [di negara ini]. Ini juga sejajar dengan dorongan daripada kerajaan Malaysia ke arah mobiliti rendah karbon," ujarnya.


EV E6


Pengurus Besar Bahagian Jualan Kenderaan Asia Pasifik BYD, Liu Xueliang pula berkata, “Malaysia merupakan pasaran utama [dalam strategi] pengembangan syarikat.


“Kami berharap kerjasama dengan SDM yang memiliki prestasi terbukti dan kehadiran mantap dalam sektor automotif di rantau Asia Pasifik dapat memberi perkhidmatan serta memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.


Tag:

Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd
Kereta Elektrik
Kenderaan Elektrik
BYD
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.

23-11-2021
Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026