Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tukar Lorong Tiba-Tiba, 1 Maut, 4 Kenderaan Remuk Teruk

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kemalangan membabitkan empat kenderaan (Foto: Orang ramai/Media sosial)


Satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori, van polis dan dua buah kereta telah menyebabkan seorang maut. Kejadian berlaku di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), Rembau, pada jam 3.40 petang semalam. 




Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad menjelaskan hasil siasatan awal:


"Kemalangan membabitkan sebuah van pasukan polis Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua kenderaan lain.


Kemalangan menyebabkan kesesakan panjang 


"Tujuh anggota polis mengalami kecederaan parah manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.




Selain pemandu lori maut, kemalangan tersebut turut menyebabkan 12 individu lain cedera dan termasuklah tujuh anggota polis yang terlibat.




Bagaimanapun pemandu dan seorang penumpang Perodua Alza tidak mengalami sebarang kecederaan. 




Siasatan turut mendedahkan bahawa pemandu lori muatan tong cat itu dalam perjalanan dari arah Senawang menghala ke Ayer Keroh, Melaka.




Sebelum kejadian, lori tersebut menggunakan lorong tengah sebelum bertindak menukar ke lorong kanan. Pergerakannya telah menghimpit kereta Toyota Camry dan Perodua Alza. 




"Lori jenis Hino tersebut kemudiannya melanggar besi penghadang lebuh raya di bahagian tengah lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh van Polis Diraja Malaysia dinaiki anggota Johor Bahru Utara yang bergerak dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.





Lori dan van polis remuk teruk di bahagian hapadan, Toyota Camry remuk pada sudut hadapan dan belakang, sementara Perodua Alza pula remuk di sudut hadapan dan sisi hadapan pada bahagian kiri. 


Kesemua mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan. 


Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.


Sumber: Berita Harian | Foto: Media sosial/Orang ramai

Tag:

kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kemalangan Maut Di Sedenak

Aliran trafik di lokasi kejadian lumpuh.

23-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah

Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.

08-06-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Kereta Ditinggal Di Lorong Kecemasan

Kereta tersebut dipercayai mengalami kerosakan sebelum diletakkan dan ditinggalkan di lorong kecemasan lebuh raya berkenaan.

13-05-2026
Berita Auto

Murid Maut Dilanggar Van

Tragedi di Pintu Pagar Sekolah: Murid Tahun 2 Maut Dilanggar Van.

06-05-2026
Berita Auto

"Ride" Terakhir Berakhir Pilu

Perjalanan ulang alik Azman setiap minggu melebihi 700km dari Sabah ke Sarawak merentasi Brunei bertukar tragedi.

28-04-2026
Berita Auto

Lagi Video Penunggang Motosikal Maut Tular Di Media Sosial

Seorang pelajar tunggu SPM maut selepas rempuh bas.

30-03-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026