Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

CTOS Lancar Platform Semakan Sejarah Kenderaan Terpakai, Kini Boleh Beli Dengan Lebih Yakin!

Sofea Najmi

Kongsi melalui




CTOS IDS Sdn Bhd, anak syarikat kepada CTOS Digital Bhd telah mengumumkan pelancaran sistem baharu iaitu Semakan Kenderaan CTOS untuk memudahkan orang ramai  mendapatkan maklumat mengenai sejarah kenderaan terpakai yang ingin dibeli.


Sistem Semakan Kenderaan CTOS (Foto: BH)


Sistem ini telah dibangunkan dengan kerjasama OTOFACTS, biro automotif dengan pangkalan data terbesar di Malaysia. Syarikat ini memiliki akses rekod automotif serta beberapa lagi rekod daripada sumber lain seperti syarikat insurans, firma lelongan dan agensi kerajaan tertentu. 


ORANG RAMAI BOLEH MEMBELI KERETA DENGAN LEBIH YAKIN


Menggunakan platform Semakan Kenderaan CTOS, pengguna dapat mengakses laporan lengkap berkenaan kenderaan bermotor terpakai atau dibaik pulih yang telah didaftarkan di negara Malaysia, Jepun dan United Kingdom (UK).


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital, Eric Hamburger (Foto: NST)


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital, Eric Hamburger berkata, "Dengan menyediakan akses mudah dan segera kepada data yang luas melalui Semakan Kenderaan CTOS, kami boleh membantu mengurangkan penipuan dan meningkatkan ketelusan dalam penjualan serta pembelian kenderaan terpakai di Malaysia, sekali gus memberikan pengguna ketenangan minda dengan laporan kereta terpakai yang boleh dipercayai.”


APAKAH MAKLUMAT YANG BOLEH DIAKSES MELALUI SISTEM SEMAKAN KENDERAAN CTOS?


Antara maklumat yang boleh diakses melalui sistem ini adalah seperti berikut:

  • Sejarah kemalangan

  • Perbatuan kenderaan

  • Kenderaan yang dilaporkan dicuri

  • Sejarah pemilikan kereta 

  • Panggilan balik terbuka oleh pengilang

  • Hak milik sisaan (semakan sekiranya kereta pernah diisytiharkan sebagai hapus kira)

  • Rekod lelongan

  • Sejarah pengaktifan beg udara (hanya bagi kereta Jepun)

  • Rekod servis dan penyelenggaraan 

  • Pendaftaran kereta


Ketua Pegawai Eksekutif OTOFACTS, Shahir Ali berkata, "Ini akan membolehkan pengguna untuk membuat keputusan termaklum berdasarkan butiran tersembunyi di sebalik kenderaan bagi menentukan nilai pasaran kereta serta memastikan penggunaan yang boleh dipercayai dan selamat selama bertahun-tahun."

BELI DENGAN YAKIN MELALUI CERTIFIED PREMIER CARICARZ

Sebenarnya, anda juga boleh membeli kereta terpakai dengan jiwa tenang melalui Certified Premier CariCarz!

Kenapa? Kerana kereta-kereta terpakai yang disenaraikan dalam Certified Premier CariCarz telah diperiksa secara komprehensif terlebih dahulu. Pembelian turut didatangkan dengan jaminan pemulangan semula wang dalam masa 5 hari dan jaminan lanjutan selama 1 tahun.

Beli dengan yakin melalui Certified Premier CariCarz

Bukan itu sahaja, harga yang dipaparkan adalah harga sebenar tanpa sebarang caj tambahan!

Jadi, jangan buang masa lagi, jom lihat katalog kereta terpakai yang ditawarkan Certified Premier CariCarz!

Sumber: Berita Harian

Baca: Akhirnya! Penipu Urusan Beli Kereta Ditangkap, Mangsa Rugi RM129K

Baca: Jualan Kereta Terpakai Semakin Susut Gara-Gara Orang Tengah

Baca: Lemon Law Elak Penipuan Pembelian Kenderaan Terpakai

Tag:

kereta terpakai
CTOS
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Awas Taktik ‘Kereta Cikgu’! 130,000 Kereta Terpakai Rupanya Bekas Eksiden, Meter Pula Kena Putar

Hampir 50% Kereta Terpakai Ada Unsur Tipu: Macam Mana Nak Elak Daripada Terkena?

18-05-2026
Tips

Cara Check Kereta Terpakai Pernah Accident

Panduan Lengkap Beli Kereta Terpakai: Cara Kenal Pasti Kesan Major Accident.

11-05-2026
Tips

Kenapa Kereta Bawah 5 Tahun dan Pemilik EV Boleh Jual Kereta Lebih Tinggi Melalui Konsainan di CariCarz Automall

Jangan terpedaya dengan tawaran trade-in yang rendah rendah! Ketahui bagaimana konsainan di Caricarz Automall membantu anda dapatkan harga lebih tinggi untuk kereta di bawah lima tahun.

05-05-2026
Teknologi

AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?

Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.

14-01-2026
Berita Auto

Baru Guna Seminggu, Dah Rosak, Lebur RM51K

Bro Wong menasihatkan orang ramai agar berhati-hati membeli kereta terpakai.

21-06-2024
Berita Auto

Jualan Kereta Terpakai Turun 10% Berbanding Tahun Lalu

Jualan kereta terpakai dijangka menyederhana tahun ini. Apa yang berlaku?

21-08-2023
Berita Auto

Nak Sangat Pakai Kereta Mewah, Akhirnya Gigit Jari

Hati-hati, jangan terpedaya membeli kereta import murah di media sosial.

16-06-2023
Berita Auto

"Jangan Rumitkan Permohonan Lesen Peniaga Kereta Terpakai." – Presiden FMCCAM

FMCCAM telah menggesa kerajaan untuk memudahkan proses mendapatkan lesen bagi peniaga kereta terpakai.

09-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026