Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Diskaun Kompaun 70% Tapi Hanya Untuk Kompaun..

Suhana Veru

Kongsi melalui


MBSA memuat naik notis ini di dalam Facebook rasminya.

Ada berita baik buat warga Shah Alam!

Sempena ulang tahun ke-22 bandar raya Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)  menawarkan kempen pengurangan saman sebanyak 70 peratus namun hanya untuk kompaun terpilih.

Lazimnya, pengurangan kompaun sehingga 70 peratus ini untuk kesalahan bawah Undang-undang Kecil Kedai Gunting Rambut 1983, Undang-undang Kecil Taman (MBSA) 2005 dan Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBSA) 2005.

Ia juga termasuk kesalahan mengikut Undang-undang Kecil MBSA 2007 meliputi establisyemen makanan, pengendali makanan, iklan, penjaja, pasar dan perintah pengangkutan jalan.


Notis kesalahan serta tawaran kompaun.

Lebih menarik, MBSA turut menawarkan pengurangan kompaun tempat letak kereta sebanyak RM10.

Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, pihaknya menawarkan diskaun kompaun kerana menyedari ada penduduk yang berhadapan dengan masalah kewangan.

Kempen tersebut telah pun bermula 1 Oktober lalu dan akan berakhir pada 31 Oktober ini.

Anda boleh membuat bayaran di Wisma MBSA. 

Apapun kepada warga Shah Alam,  jangan  lepaskan peluang ini untuk menjelaskan tunggakan kompaun masing-masing sebelum tindakan penguatkuasaan dilaksanakan.


Tag:

MBSA
diskaun
diskaun70%
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kutipan Parkir MBPJ, MBSJ, MBSA & MPS Diserahkan Kepada Syarikat Konsesi

Kerajaan Negeri Selangor melalui MBI Selangor telah melantik Rantaian Mesra Sdn Bhd sebagai syarikat konsesi baharu untuk mengendalikan kutipan bayaran parkir di empat PBT.

10-07-2025
EV

10 Pengecas EV Percuma Disediakan Di Shah Alam, Akan Ditambah

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan 10 pengecas kenderaan elektrik (EV) secara percuma.

05-09-2023
Berita Auto

Penumpang Terkandas: KTMB Tawar Diskaun 50% Untuk Semua Penumpang Di Lembah Klang

Gara-gara operasi tren lewat, KTMB menawarkan diskaun tambang perjalanan kepada para penumpang KTM Komuter Lembah Klang sebanyak 50% bermula 3 Jun hingga 4 Jun Jun 2025.

03-06-2025
Berita Auto

Skuter Elektrik Beam Kini Di 6 Bandar Besar Malaysia, Pas Bulanan Diskaun 50%

Beam Malaysia mengumumkan bahawa perkhidmatan skuter elektriknya kini ditawarkan di enam bandar utama di Malaysia.

23-02-2023
Berita Auto

Diskaun Alat Ganti Tulen Nissan Hingga 80% Di SpareXHub!

Platform e-dagang alat ganti kenderaan, SpareXHub, menjalinkan kerjasama dengan Tan Chong & Sons Motor Company Sdn Bhd.

28-12-2022
Berita Auto

Diskaun Hingga 72%! Jom Beli Alat Ganti Ford Di SpareXHub

Diskaun hebat untuk alat ganti bagi pelbagai model keluaran Ford.

11-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026