Link Copiedcheck_circle
EV

EV Harga Myvi! EV Tiago Dijual Dari RM48K! Ini Spesifikasinya...

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Baru-baru ini sebuah syarikat pengeluar kereta dari negara India, Tata Motors telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) baharu pada harga marhaen, EV Tiago. Hatchback kompak ini ditawarkan dalam empat varian iaitu XE, XT, XZ+ dan XZ+ Tech Lux. 




Harganya? Bagi sebuah EV, sangat berpatutan! Dijual dari 849,000 rupee (RM48,315) hingga 1.179 juta rupee (RM67,095). Lebih kurang harga Perodua Myvi!




Varian dengan bateri Medium Range (XE dan XT) memiliki kapasiti tenaga 19.2 kWh yang membolehkan kereta mencapai jarak perjalanan 250 km berdasarkan standard MIDC. Versi ini dilengkapkan dengan motor elektrik 60 hp/110 Nm yang memberikan kereta kemampuan mencapai 0-60 km/j dalam masa 6.2 saat.


Sementara itu, varian dengan bateri Long Range (XT, XZ+ dan XZ Tech Lux) pula memiliki kapasiti tenaga 24 kWh yang menyalurkan lebih banyak kuasa kepada motor elektrik sehingga mampu mencapai output maksimum 74 hp/114 Nm. Ini membolehkan kereta melakukan pecutan 0-60 km/j dalam masa 5.7 saat.




EV ini didatangkan dengan port pengecas CCS2 dan pembeli akan dibekalkan dengan pengecas mudah alih 15A. Menggunakan pengecas yang diberikan, bateri Medium Range boleh dicas penuh dalam masa 6.9 jam dan Long Range pula 8.7 jam. 


Untuk pengecasan lebih pantas, pengguna EV Tiago Medium Range boleh juga menggunakan pengecas AC 3.3 kW untuk masa pengecasan 5.1 jam atau pengecas AC 7.2 kW untuk masa 2.6 jam. Sementara itu, Long Range pula 6.4 jam (AC 3.3 kW) dan 3.6 jam (AC 7.2 kW). 


Sudah semestinya, waktu terpantas untuk mengecas sesebuah EV boleh dicapai dengan menggunakan pengecas DC. Menurut Tata, masa yang diperlukan untuk mengecas kereta daripada 0-80% hanyalah 57 minit.




Mengenai kemudahannya, antara kelengkapan standard yang diterima oleh kesemua varian ialah sistem telematik ZConnect, kluster instrumen digital, beg udara penumpang dan pemandu depan, sistem pemantau tekanan udara, ABS dan EBD serta kit membaiki tayar bocor. 




Varian lebih tinggi, bermula dari XT menerima ciri seperti sistem infotainmen Harman yang boleh menyokong sambungan Apple CarPlay, Android Auto serta sambungan dengan jam tangan pintar. 




Tempahan model ini sudah dibuka di negara India bermula bulan ini, namun penghantarannya akan dimulakan pada bulan Januari 2023 akan datang. 


Komen penulis: Agaknya bilalah negara kita akan menawarkan EV pada harga semurah EV Tiago?


Baca: ChargeSini Tembusi Pengecasan EV Malaysia


Baca: Bas Elektrik Pandu-Sendiri Akan Diuji Di Malaysia, Kerjasama Antara Rapid Bus & eMoovit

Tag:

Kereta Elektrik
EV Tiago
Tata Motors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV Lagi Laris Dari Hibrid? BYD, Tesla Teratas

Sehingga 31 Mei 2024, sebanyak 2,453 unit kenderaan elektrik (EV) didaftarkan. Apa model terlaris?

01-07-2024
EV

Bahan Dalam Ubat Gigi Bantu EV Gerak Lebih Jauh, Bateri Tahan Lebih Lama?

Penemuan terbesar dalam teknologi bateri kenderaan elektrik (EV) didedahkan.

03-07-2023
EV

Cuba Pelbagai EV Baharu Dari Hanya RM120/Hari Dengan GoCar

GoCar Malaysia telah mengumumkan penambahan model-model terkini kenderaan elektrik (EV).

22-05-2023
Global

BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China

BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.

02-05-2023
EV

Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!

Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023.

18-04-2023
EV

BYD Seagull, EV Sekecil Axia Ini Boleh Capai Jarak 405KM Dengan Cas Penuh

BYD China telah mendedahkan imej rasmi kenderaan elektrik (EV) kompak keluaran syarikatnya, BYD Seagull.

03-04-2023
EV

Jenama EV China, Neta, Bakal Masuki Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Pasaran EV dimeriahkan lagi dengan kedatangan jenama baharu dari China, Neta, dari kumpulan Hozon Auto New Energy Automobile Co., Ltd. atau Hozon Auto.

27-03-2023
EV

MITI Sentiasa Kaji Semula Dasar Automotif Nasional

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa mengkaji semula Dasar Automotif Nasional (NAP 2020).

17-03-2023

Berita Terkini

EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

Spesifikasi Xpeng X9 Ultra Bocor – Kepintaran Luar Biasa Dengan 3 Cip AI

MPV Xpeng X9 dilaporkan bakal memiliki varian ‘Ultra’ baharu, hanya beberapa minggu setelah versi range-extender (EREV) diperkenalkan.

12-11-2025
EV

Sudah Diuji: iCaur V23 iWD Tunjuk Taring Dalam Cabaran Off-Road

Pihak Carz.com berpeluang memandu uji, SUV elektrik, iCaur V23 di litar ujian off-road Kev Advenduro yang terletak di Gamuda Gardens, Rawang.

10-11-2025
EV

ChargeSini & Meta Bright Lancar Pengecas EV Di Sunway Pyramid – 6 Pengecas AC

Syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) tempatan, ChargeSini, telah merasmikan hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) terbarunya di Sunway Pyramid, lokasi pertama yang dilancarkan di bawah kerjasama strategik bersama Meta Bright Group.

05-11-2025
EV

Zeekr X, MG MGS5 EV Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Buktikan EV Terbaru Semakin Selamat

Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025.

05-11-2025
EV

Jaecoo J5 Dilancar Di Indonesia, Selepas Ini Mungkin Malaysia?

Jaecoo J5 elektrik dilancarkan di Indonesia, baru-baru ini.

04-11-2025
EV

Xpeng Lepasi Sasaran Jualan - 355,209 Unit Terjual Setakat OKT 2025

Xpeng telah melepasi sasaran jualan iaitu sebanyak 355,209 unit terjual setakat Oktober lalu.

04-11-2025
EV

Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit

ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.

04-11-2025