- Berita
- EV
- Volvo EX90: Bukan EV Biasa, Boleh Dicas Dan Mengecas! Ini Dia Penjelasan Teknologi Pengecasan 2 Arah Volvo
Volvo EX90: Bukan EV Biasa, Boleh Dicas Dan Mengecas! Ini Dia Penjelasan Teknologi Pengecasan 2 Arah Volvo

Lakaran EX90
Model baharu yang akan dilancarkan secara rasmi pada 9 November nanti, kenderaan elektrik (EV) Volvo EX90, dikhabarkan bakal hadir dengan fungsi pengecasan dua arah atau bi-directional. Apa maksud dan kelebihan fungsi tersebut? Teruskan membaca untuk pendedahannya.
Seperti yang dapat difahamkan melalui namanya, “dua arah” bermaksud pengecasan EV yang boleh dilakukan dua arah, iaitu daripada grid kepada bateri EV (untuk mengecas EV) dan juga daripada EV kepada peralatan lain (untuk membekalkan tenaga/mengecas kepada peralatan lain) seperti rumah, grid utiliti, kenderaan lain dan sebagainya.
Teknologi pengecasan dua arah membolehkan EV menyalurkan kuasa kepada peralatan lain
Volvo menjangkakan bahawa teknologi ini akan menjadi penting pada masa akan datang yang mana ia dapat membantu pemilik menjimatkan bil elektrik rumah, dan yang menarik sekali, dapat membantu sekiranya elektrik rumah terputus.
Boleh jimat bil elektrik dengan EV pengecasan dua arah? Ini penerangannya…
Pengguna boleh menjimatkan penggunaan elektrik rumah apabila kenderaan yang telah dicas semasa luar waktu puncak (ketika mana caj penggunaan elektrik adalah rendah), dan kuasa yang disimpan dalam bateri EV boleh disalurkan kepada rumah semasa waktu puncak (ketika caj penggunaan elektrik lebih tinggi).
Teknologi pengecasan dua arah membolehkan EV menyalurkan kuasa kepada peralatan lain
Bergantung kepada grid, kuasa yang dikumpulkan dalam bateri EV juga boleh dijual semula semasa waktu puncak ini. Konsep yang menarik bukan? Jualan semula kuasa kepada grid ini bergantung kepada jenis grid kuasa tersebut, bukan semua membenarkan ini dilakukan.
Bateri EX90 yang bakal dilancarkan nanti dikatakan memiliki kapasiti melebihi 100 kWh.
Selain teknologi pengecasan dua arah ini, Volvo sebelum ini pernah mendedahkan teknologi lain yang akan digunakan iaitu ciri bantuan pemandu elektronik yang dipertingkat dengan teknologi lidar dan juga sistem pengesan penumpang yang akan mengesan sekiranya terdapat seseorang atau haiwan tertinggal di dalam kereta sebelum kereta dibenarkan untuk dikunci.
Baca: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!
Tonton video daripada Volvo ini yang bertajuk “What if your car could power your life?” atau “Bagaimana sekiranya kereta anda boleh membekalkan kuasa kepada kehidupan anda?”:
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

