- Berita
- Berita Auto
- Hati-Hati! Penipuan Jualan Kereta Makin Menjadi-Jadi! Kes Terbaharu, RM205K Lesap!
Hati-Hati! Penipuan Jualan Kereta Makin Menjadi-Jadi! Kes Terbaharu, RM205K Lesap!

Ketua Jabatan Aduan Amal Sejagat, Syed Kamarul menunjukkan laporan yang dibuat mangsa dan juga kereta yang ingin dibeli (Foto: Harian Metro/Noor Hidayah Tanzizi)
Terpedaya iklan jual kereta di media sosial, seorang lelaki berputih mata apabila mengetahui dirinya telah ditipu sehingga RM205,000! Iklan tersebut memaparkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard pada harga RM60,000.
Daripada RM60,000 menjadi RM205,000? Apa yang berlaku?

Toyota Alphard (Gambar Hiasan)
Tidak masuk akal tetapi apabila sudah ‘terpukau’ dengan harga tawaran kereta yang terlampau murah, tidak mustahil ini boleh berlaku.
Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an, berkata dia terlihat iklan tersebut di sebuah platform media sosial, Facebook, pada bulan November tahun lalu.
"Saya tertarik dengan tawaran iklan itu dan terus menghubungi nombor tertera sebelum dibalas seorang lelaki.
Segala urusan pembayaran diminta oleh penjual untuk dibuat secara dalam talian dengan alasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Mulanya saya membayar RM2,600 dan selepas selesai membayar RM60,000 kereta masih belum dapat dengan pelbagai alasan diberikan.
Mangsa diminta untuk memberikan sejumlah wang yang kononnya diperlukan untuk urusan membawa masuk kereta dan cukai.
"Apabila mahu membatalkan pembelian mereka tidak benarkan kerana kereta didakwa sudah ada di sini dan perlu membayar lagi untuk urusan lain, sehingga saya sudah membuat lebih 30 transaksi membabitkan RM205,000 sehingga Februari lalu," katanya kepada wartawan Harian Metro.
Mangsa yang bekerja dalam sektor kewangan swasta di Klang, Selangor menjelaskan, kesemua pembayaran tersebut dibuat kepada akaun yang berbeza tanpa timbul rasa ragu pada awalnya.
"Saya mula sedar saya sudah terpedaya sebelum membuat aduan kepada Pertubuhan Amal Sejagat Malaysia (Amal Sejagat) dan laporan polis di Shah Alam, setakat ini belum ada tindakan susulan dibuat.
"Paling membuatkan saya sedih kerana wang itu adalah pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan sehingga kini tiada ahli keluarga tahu mengenainya."
Tambahnya, sehingga hari ini, sindiket tersebut masih menganggunya untuk urusan pengeluaran kereta.
![]()
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa seterusnya
Ketua Jabatan Aduan Amal Sejagat, Syed Kamarul Al Masyhur berkata, penipuan jualan kini kian berleluasa di Facebook terutamanya semasa PKP. Ini dibuktikan daripada jumlah laporan yang mencecah sekitar 50 dalam tempoh sebulan. Dalam sehari, sekurang-kurangnya terdapat satu aduan yang berkait dengan penipuan melalui media sosial tersebut.
"Kita sangat berharap pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dapat memantau aktiviti ini di Facebook supaya mereka tidak menyalahguna platform itu selain polis khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan SKMM lebih tegas dalam isu ini.
"Kempen kesedaran mengenai penipuan dalam talian dilihat seperti tidak sampai menyeluruh kepada masyarakat. Mungkin orang ramai kurang peka atau penyaluran maklumat tidak sampai ke akar umbi," katanya sambil berkata pihaknya juga bersedia membantu kempen itu.
Jangan Tertipu Lagi!
Lawati platform jual beli kereta yang dipercayai, jiwa lebih tenang, hati lebih senang. Di CariCarz terdapat pelbagai jenis kereta sama ada:
Sekiranya anda teringin membeli kereta terpakai, kami juga menawarkan pilihan kereta yang telah diperiksa latar belakang dan diteliti secara terperinci agar pembelian anda tidak merugikan di kemudian hari. Klik sini untuk melihat kereta terpakai di bawah Certified Premier.
Pembelian kereta di bawah Certified Premier hadir dengan manfaat berikut:
Kualiti yang dipercayai kerana menjalani 100 titik pemeriksaan
Jaminan lanjutan selama setahun
Jaminan wang dikembalikan dalam masa 5 hari
Harga yang dipaparkan adalah harga sebenar tanpa caj tersembunyi
Sumber berita: Harian Metro
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

