- Berita
- Berita Auto
- Nissan Skyline GTR Antara Tiga Kereta Mewah Hilang Dari Bengkel, Anggaran Kerugian RM1 Juta
Nissan Skyline GTR Antara Tiga Kereta Mewah Hilang Dari Bengkel, Anggaran Kerugian RM1 Juta

Kereta pun boleh hilang dari bengkel!
Itu yang berlaku di sebuah bengkel kereta di Jalan Damansara, Kampung Bukit Lanjan, Kuala Lumpur, semalam.
Difahamkan sekurang-kurangnya tiga mewah kereta lesap dari bengkel berkenaan.Antara model kereta yang hilang ialah Mercedes Benz E200K, Toyota Land Cruiser dan Nissan Skyline GTR Prestige.
Sementara itu, anggaran kerugian pula dikatakan hampir RM1 juta. Susulan itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kecurian itu.
“Kejadian disedari pemilik bengkel selepas mendapati kesan pecah pada mangga pintu masuk dan beberapa kunci kereta turut hilang.
“Semua kenderaan yang hilang itu milik pelanggan bengkel berkenaan yang sudah siap dibaiki, namun belum dituntut pemiliknya,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 395A Kanun Keseksaan.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/