- Berita
- Berita Auto
- Banjir Kilat Di Sekitar KL

Warga kota yang ingin pulang dari tempat kerja, anda mungkin akan terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas seketika nanti.
Ini kerana beberapa kawasan di sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak pukul 3 petang tadi.
Antara lokasi terjejas:
• Jalan Klang Lama
• Jalan Syed Putra
• Jalan Istana
• Jalan Kinabalu
• Jalan Kuching
• Jalan Sg Besi
• Jalan Tun Razak.
• Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban
• Lebuhraya Mahameru
• Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2)

Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan agar tidak membahayakan diri sendiri dengan meredah banjir.
Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan kerana kekuatan arus dan kedalaman air semasa banjir sekarang sukar dijangka dan boleh membahayakan keselamatan diri sendiri.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
