Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bukan Perkara Luar Biasa, PM Tolak Kenderaan Import!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Tular berita mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menggunakan  Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh  daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Difahamkan, ia merujuk kepada model Mercedes-Benz S600 versi Limo.

Berikut spesifikasi Mercedes-Benz S600

Enjin 6.0 liter biturbo V12

Menghasilkan 530 kuasa kuda (hp) dan tork 830 Nm

Transmisi automatik tujuh kelajuan 7G-Tronic Plus

Harga lebih RM1.3 juta

Mercedes-Maybach S 600 Guard

Enjin 6.0 litre V12 biturbo

530 hp dan tork 830 Nm

Pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.7 saat

Tahap perlindungan balistik atau kalis peluru tertinggi VR10

Harga RM2.3 juta


Bagaimanapun, ini bukan satu berita yang luar biasa!

Ini kerana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga pernah menolak daripada menggunakan sebuah kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan.

Sebaliknya, Pengarah Media dan Strategik Komunikasi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Ruhaidini Abd Kadir berkata, Ismail Sabri juga lebih selesa menaiki kenderaan jenis kenderaan pelbagai guna (MPV).

“Di sebalik nama Ismail Sabri. Keputusan YAB Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan kenderaan rasmi (import) yang baharu bukan perkara luar biasa.

“Perdana Menteri Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga pernah menolak untuk menggunakan kenderaan kalis peluru yang disediakan kerajaan untuk beliau,” tulisnya di laman akaun Facebooknya.

Menurutnya, Ismail Sabri lebih selesa menggunakan kenderaan jenis MPV yang telah digunakan oleh pentadbiran terdahulu.



Tag:

DSAI
mercedes-benzS600
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Datuk Seri Anwar Ibrahim Angkat Sumpah 5 Petang Ini!

Timbul tanda tanya adakah DSAI akan menaiki kereta antiknya, Volkswagen Beetle untuk majlis angkat sumpah nanti?

24-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026