Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ferrari Bersedia Bersaing Dalam Perlumbaan Le Mans Dengan Hypercar 499P

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Ferrari telah mendedahkan hypercar yang bakal digunakan dalam Kejohanan Ketahanan Dunia (WEC) FIA 2023 dalam kategori elit. 


Didedahkan secara rasmi semasa  acara Ferrari Finali Mondiali 2022 minggu lalu, Ferrari 499P akan dibawa untuk menyertai perlumbaan  1000 Miles of Sebring di Amerika Syarikat pada pertengahan bulan Mac 2023 nanti. Barisan pemandu bagi perlumbaan ini masih belum diumumkan. 




Ketua  Ferrari Attività Sportive GT, Antonello Coletta berkata, “499P merupakan satu impian yang menjadi kenyataan. Hari ini ialah hari yang penting kepada semua yang telah bekerja keras dalam projek sepanjang dua tahun ini. Kami ingin memberi penghormatan kepada sejarah Ferrari sama ada besar atau kecil, pada masa lalu yang dipenuhi dengan kejayaan.”


REKAAN FERRARI 499P


Badan hypercar 499P ini disalut dengan warna merah Rossa Corsa eksklusif Ferrari, dengan warna kuning pada beberapa bahagian kereta, satu tanda penghormatan kepada kereta pertama Ferrari yang menyertai perlumbaan Le Mans 50 tahun lalu, Ferrari 312P. Turut membawa makna istimewa kepada Ferrari ialah nombor yang terpapar iaitu #50 dan #51. 




Hypercar menggunakan bahasa rekaan yang sama seperti pada Daytona SP3. Elemen rekaan ini dapat dilihat pada lampu depannya yang halus, sayap belakang yang besar dan canard depan yang kelihatan menonjol. Kesemuanya dihasilkan daripada gentian karbon dan dicat hitam. 


Model yang dinamakan sebagai 499P ini pula mendapat namanya daripada kapasiti silinder individu enjin yang digunakan (dalam sentimeter padu), manakala ‘P’ pula bermaksud prototaip. 




Hypercar ini dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo V6 3.0L yang diambil daripada 296 GTB/GTS digabungkan dengan motor elektrik hibrid. Komponen elektrik-hibrid ini merangkumi motor elektrik yang dijana oleh pek bateri 900V yang secara keseluruhannya menyalurkan kuasa 272 hp. Pengecasan semula bateri ini berlaku semasa brek atau ketika nyahpecutan. 


Model ini menggunakan sistem transmisi perlumbaan berjujukan 7 kelajuan. Unit kuasa hibrid ini mengeluarkan kadar kuasa terhad (yang ditetapkan peraturan perlumbaan) sebanyak 680 hp (500 kW).


Apa pendapat anda tentang hypercar ini? 


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Ferrari SP51: Model One-Off Direka Berdasarkan 812 GTS

Baca: Perginya Jurutera Hebat Ferrari, Nicola Materazzi, Bapa F40, Di Usia 83 Tahun

Baca: Kereta F1 Ferrari Michael Schumacher Dilelong, Bakal Jadi Antara Kereta F1 Termahal Dunia!

Baca: Terbongkar! Pengganti Ferrari LaFerrari Bakal Didedahkan Tahun 2024 Nanti?

Gallery

Tag:

Ferrari
WEC
Le Mans Hypercar
Ferrari 499P
Le Mans
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
Kereta Baru

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia.

29-10-2025
EV

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.

10-10-2025
Berita Auto

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto

OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.

11-08-2025
Global

Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.

01-07-2025
Berita Auto

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P

Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.

17-04-2026
Berita Auto

Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta

"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.

17-04-2026
Berita Auto

Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?

Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.

17-04-2026
Berita Auto

Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.

16-04-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza Kemalangan Di MEX

Siti Nurhaliza kemalangan di Lebuh Raya MEX.

16-04-2026
Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026