Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Goodyear Assurance ComfortTred Bermula Dari RM420

Suhana Veru

Kongsi melalui


Goodyear Malaysia melancarkan tayar terbaharu, Goodyear Assurance ComfortTred yang direka khas untuk kenderaan mewah.

Ia yang menggunakan teknologi ANXTM mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih senyap di jalan raya.

Direka dengan lapisan tambahan dimana tayar tersebut mempunyai penebat kukuh yang menghalang bunyi golekan tayar.

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia, Alex Ng berkata, ia merupakan salah satu produk yang cukup menarik kerana ia direka khas untuk kenderaan mewah.

“Kami percaya bahawa Assurance ComfortTred adalah penyedia keselesaan sebenar yang membolehkan kenderaan menjadi sebuah ruangan yang paling senyap kepada penumpangnya untuk berehat dan menenangkan fikiran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan tayar Goodyear Assurance ComfortTred, pagi tadi.

Untuk makluman anda, tayar ini menampilkan rekaan corak tertutupnya dimana ia mampu mengurangkan bunyi pengepaman udara.


Sementara itu,  bilangan blok bunga kecilnya menghasilkan daya impak lebih rendah sekali gus mengurangkan bunyi golekan.

Kali ini, Goodyear telah  meningkatkan jumlah silika dan resin yang tinggi bagi memastikan kadar cengkaman, kadar sentuhan permukaan jalan dan pemindahan air yang lebih baik.

Assurance ComfortTred boleh didapati dalam 12 pilihan saiz dengan harga jualan bermula dari RM420 hingga RM860.


Jika anda berminat untuk membeli tayar canggih ini, sebagai info, bermula hari ini, Goodyear mengadakan promosi sempena dengan pelancaran Assurance ComfortTred.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web Goodyear Malaysia di https://www.goodyear.com.my/.

Gallery

Tag:

Goodyear Assurance ComfortTred
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Goodyear Malaysia Lancar Kempen 'A Gifting New Year,' Beli Tayar Sekarang Untuk Terima Ganjaran!

Goodyear Malaysia telah melancarkan kempen ‘A Gifting New Year’ dengan memberikan ganjaran kepada para pelanggan.

21-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026