Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebih 200 Unit Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Terjual Dalam 1 Bulan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Hyundai Staria 10 tempat duduk yang baru dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober lalu mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia dengan jualan lebih daripada 200 unit dalam tempoh hanya sebulan!




Model ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu Staria Lite, Staria Plus dan Staria Max, dengan harga daripada RM179,888.00.  


Baca: Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Dilancarkan! Harga Dari RM179K


Pengarah Urusan Runcit & Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan, berkata, “Dengan lebih daripada 200 unit terjual sejak pelancarannya pada awal Oktober, kami percaya ramai rakyat Malaysia yakin dengan ciri-ciri Hyundai Staria 10 tempat duduk sebagai MPV dinamik yang menawarkan yang terbaik dari kedua-dua dunia, dari segi ciri praktikal dan prestasi. Kami menjangkakan permintaan akan terus meningkat untuk bulan-bulan yang tinggal sebelum tahun baharu.”




Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, “Hyundai mendahului yang lain dari segi inovasi ditambah lagi dengan reka bentuk futuristiknya yang mengagumkan. Inilah daya penggerak kepada tarikan Hyundai Staria.




"Kami sangat terharu dengan maklum balas positif yang diterima daripada pemilik kumpulan pertama. Memandangkan bekalan terhad dengan penghantaran seterusnya dijangka pada awal 2023, inilah masa yang terbaik untuk peminat MPV membuat tempahan sementara stok masih ada," katanya.


Berikut adalah antara kelengkapan yang disediakan pada Hyundai Staria:

  • Kluster instrumen bersaiz 10.25 inci (Max dan Plus)

  • Sistem infotainmen 8 inci berskrin sentuh 

  • Sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar

  • Kamera pandang keliling 360 darjah (Max)

  • Pendingin hawa yang dipasang untuk penumpang belakang

  • Pintu bukaan automatik

  • Pakej keselamatan Hyundai Smartsense 


Dan banyak lagi ciri menarik lain!


Untuk maklumat lebih terperinci mengenai Hyundai Staria 10 tempat duduk ini, boleh klik artikel yang pernah kami kongsikan sebelum ini: Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Dilancarkan! Harga Dari RM179K


Sekiranya anda berminat untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan MPV futuristik ini, boleh kunjungi bilik pameran Hyundai yang terdekat. Layari https://www.hyundai.com.my/showroom/staria/ untuk maklumat lanjut.




Gallery

Tag:

Hyundai Sime Darby
Hyundai Staria
Hyundai Motors
Hyundai Staria 10-seater
Hyundai Staria Lite
Hyundai Staria Plus
Hyundai Staria Premium
Hyundai Staria 10 Tempat Duduk
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kereta Baru
Berita Auto
Berita Auto
Global

16-10-2020
EV

23-01-2026
Global

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026