Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Perodua Ativa, Dapat Adik Kembar, Subaru Rex

Suhana Veru

Kongsi melalui


Subaru Rex akhirnya ditayangkan secara rasmi di Jepun baru-baru ini. Jika sekilas pandang, Subaru Rex 2023 ini kelihatan sama seperti Perodua Ativa. 

Maka tidak hairanlah, ada yang mengatakan Subaru Rex ini adalah adik kembar kepada Ativa. 


Untuk makluman, kenderaan utiliti sukan ini merupakan model tukar lencana daripada  Daihatsu Rocky, Toyota Raize dan Perodua dimana ketiga-tiga model ini dibina berasaskan platform (Daihatsu New Global Architecture).

Berikut adalah perincian mengenai Subaru Rex:

Rex menggunakan enjin tiga  silinder sebaris 1.2 liter.

Hamburkan kuasa 118hp@tork 113Nm.

Dipadankan dengan transmisi CVT.

Terdapat dua varian Z dan G.

Selain itu, jentera ini turut mencerminkan asas binaan Rocky terutama dari segi luaran, dalaman dan senarai spesifikasi lain.

Apa yang agak janggal,  ia tidak menawarkan sistem pacuan semua roda yang sudah sinonim dengan jenama Subaru.

Subaru Rex yang dibina di kilang Daihatsu di Shiga  hanya dikeluarkan 150 unit dalam sebulan.

Menurut Subaru, buat masa ini ia dijual di pasaran Jepun.

Menyentuh mengenai harganya, ia dijual pada harga 1,82 juta yen (RM60,337) dan meningkat kepada 2,17 juta yen (RM71,977) untuk versi yang lebih lengkap.

Apa pandangan anda mengenai Subaru Rex? Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!


Tag:

Perodua Ativa
Toyota Raize
Subarurex
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

22-01-2026
Global

03-11-2025
Global

16-06-2025
Berita Auto

12-08-2024
Global

25-07-2024
Global

10-05-2024
Berita Auto

20-12-2023
Berita Auto

15-08-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026