Link Copiedcheck_circle
EV

Atto 3, Satu Lagi EV Mampu Milik Dilancar, Harga Dari RM147,800

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sime Darby Motors,  pengedar rasmi bagi kenderaan BYD di Malaysia akhirnya melancarkan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya, BYD Atto 3 dalam satu acara yang diadakan di ibu negara pagi tadi.

Ia merupakan kenderaan utiliti sukan yang pertama dibina berasaskan e-platform 3.0 terkini. Untuk info anda, BYD bekerjasama dengan Sime Darby Motors untuk membawa masuk model BYD Atto 3 ke Malaysia.

Kenderaan ini direka khas sebagai kenderaan elektrik berprestasi tinggi dengan tahap kepintaran, kecekapan, dan keselamatan yang tiada tolok tandingan.

Pengarah Urusan Sime Darby Motors , Andrew Basham berkata, pihaknya berhasrat untuk menerajui segmen EV.

“Kami teruja untuk membuka lembaran baharu ini bersama BYD, susulan kejayaan kami di Singapura.

“Dengan setengah bilion ringgit yang akan dilaburkan ke arah rancangan perkembangan untuk jenama di sini, ia mencerminkan kepercayaan kami terhadap tarikan universal jenama itu,” katanya.


Majlis pelancaran tersebut  dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sedikit maklumat mengenai Atto 3, Atto 3 hadir dalam dua varian, iaitu 'Standard' dan 'Extended'.

Pilihan Standard (RM149,800)

Pilihan Lanjutan (Extended)  (RM167,800)

Atto 3 boleh dicas dengan  menggunakan pengecasan AC (Type 2) sehingga 7 kW dan juga pengecasan pantas DC (CCS2), dengan kadar maksimum antara 70 kW atau 80 kW, manakala kadar pengecasan 0-80% , hanya dalam masa 45 minit.

Varian Standard menghamburkan kuasa sehingga 150 hp dan tork 310 Nm, manakalan Extended, 203hp@310Nm.


Varian Standard dipadankan dengan pek bateri 49.91 kWh yang menawarkan jarak sehingga 410 kilometer mengikut kitaran WLTP.

Beralih kepada varian tertinggi, Extended, ia dilengkapi dengan pek bateri yang lebih besar iaitu 60.48 kWh.

Maka tidak hairanlah, mengapa ia mampu melakukan perjalanan sejauh 480km namun tetap berkongsi daya kilas sama dengan varian Standard. 

Bagaimanapun, tiada banyak yang membezakan kedua-dua varian ini kerana Standard didatangkan dengan rim aloi 17 inci manakala Extended 18 inci.


Menjengah bahagian luarannya, ia dipadankan dengan lampu LED nipis dengan fungsi “Follow Me Home” serta lampu depan adaptif, manakala rekaan dalamannya agak canggih kerana ada skrin pintar  bersaiz 12.8 inci yang boleh pusing.


Fuh, hebat. Penulis cukup tertarik dengan bamparnya kerana ia agak sporty menyebabkan ia kelihatan begitu ghairah.


Sementara itu, keluasan ruang butnya pula sekitar 440 liter namun boleh menjadi lebih luas iaitu 1,340 liter jika kerusi belakang direbahkan.

Seperti EV lain, ia juga mempunyai sambungan Apple CarPlay dan Android Auto sambungan tanpa wayar.


Bagi varian tertinggi itu, ia didatangkan dengan bumbung panorama, bumbung rel, 8 speaker, pintu belakang berkuasa termasuk pad pengecas wayarles.


Dari segi ciri keselamatan pula ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan seperti:

6 sensor parkir

7 beg udara

Sistem pengesan tekanan tayar

Sistem Brek Anti Kunci

Sistem kawalan cengkaman

Amaran perlanggaran belakang (RCW)

Pengesan titik buta (BSD)

Amaran buka pintu (DOW) 

Amaran lintasan trafik di belakang

Agihan Brek Elektronik

Kawalan menuruni curam

Kawalan melayar adaptif kelajuan penuh dengan Stop & Go

Brek kecemasan autonomous (AEB)

Mengenai warnanya pula, ia didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Ski White, Boulder Grey, Forest Green, Parkour Red dan Surf Blue.


Lebih menarik, jentera ini hadir dengan dengan jaminan selama enam tahun atau 150,000 km, dengan jaminan bateri pula selama lapan tahun atau 160,000 kilometer.

Adakah Atto 3 ini akan menjadi EV terbaik di bawah RM200 ribu di Malaysia? Apa pula kata anda?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!

Tag:

BYD Atto 3
atto3
simedarbymotors
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

11-11-2025
Kereta Baru
Kereta Baru
EV

23-06-2025
Kereta Baru

14-03-2025

Berita Terkini

EV

Xiaomi SU7 Didedah, Bakal Dijual Tetapi Bukan Di Malaysia

Xiaomi baru sahaja mengemas kini SU7 2026, dimana pra-pesanan kini dibuka secara rasmi di China.

07-01-2026
EV

CES 2026: Prototaip Afeela 2026 Dipertonton

Sony Honda Mobility menayangkan sebuah prototaip terbaharunya, Afeela 2026.

07-01-2026
EV

Harga EV Lain Naik Melambung Tapi Kenapa Tesla Masih Kekal Sama?

Di saat industri automotif tempatan sedang bersiap sedia menghadapi kenaikan harga susulan berakhirnya insentif cukai kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU), Tesla Malaysia tampil dengan pengumuman mengejutkan.

07-01-2026
EV

VW 'Taubat'! Kembalikan Butang Kawalan Fizikal Dalam VW ID.Polo

Jenama Jerman ini mendedahkan rekaan dalaman yang bakal membuatkan ramai peminat old-school tersenyum lebar.

06-01-2026
EV

Model PHEV BYD, Song Pro, Qin L & Qin Plus Capai Jarak Elektrik Menakjubkan, Cecah 210 KM!

Gergasi automotif China, BYD, nampaknya semakin rancak berinovasi. Terbaru, BYD mempertontonkan versi Long Range untuk tiga model popularnya, Song Pro DM-i (SUV) serta dua model sedan, Qin L dan Qin Plus.

06-01-2026
EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

EV/REEV XPeng P7+ Dikemaskini – 100+ Penambahbaikan, Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat kenderaan elektrik dari China, XPeng, baru sahaja memperkenalkan versi yang dikemaskini bagi tahun 2026 untuk model sedan segmen E, XPeng P7+.

02-01-2026
EV

SUV Forthing Friday Raih ASEAN NCAP 5 Bintang, Bakal Gegar Pasaran Malaysia

SUV segmen C keluaran negara China, Forthing Friday, kini sah memegang status sebagai antara kenderaan paling selamat di rantau ini.

02-01-2026